From Wikipedia, the free encyclopedia
Giacomo Antonio Domenico Michele Secondo Maria Puccini (22 Disember 1858 – 29 November 1924) ialah seorang penggubah Itali terkenal yang mana opera beliau seperti La bohème, Tosca, dan Madama Butterfly antara yang paling kerap dipersembahkan hingga ke hari ini. Melodi tulisan beliau contohnya "O mio babbino caro" dari Gianni Schicchi dan "Nessun dorma" dari Turandot, telah menjadi sebahagian dari tamadun moden dan diterima oleh pendengar muzik termasuk peminat bukan opera. Beliau adalah di antara beberapa penggubah yang berjaya mengubah opera-opera menggunakan teknik-teknik Jerman dan Itali. Puccini juga dianggap sebagai anak didik dan pengganti Giuseppe Verdi.
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Jun 2023) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Itali. (Jun 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Senarai opera Giacomo Puccini |
---|
Le Villi (1884) |
Walaupun Puccini lebih dikenali untuk opera-operanya, namun beliau juga menulis muzik untuk orkestra, muzik suci, muzik kamar dan lagu untuk suara dan piano.
Puccini dilahirkan di Lucca, Tuscany, Itali di dalam keluarga generasi ke-5 yang melopori bidang muzik. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun dan beliau dihantar belajar oleh pak cik beliau, Fortunato Magu yang mengganggap beliau sebagai kurang pintar dan tidak berdisiplin. Puccini kemudian mengambil kerjaya sebagai pemain organ di gereja dan juga ketua koir di Lucca. Beliau mendapat inspirasi untuk menjadi penggubah opera apabila menonton persembahan “Aida” oleh penggubah Giuseppe Verdi. Beliau dan rakannya berjalan sejauh 30km hanya untuk menonton persembahan tersebut yang diadakan di Pisa.
Dengan pertolongan keluarganya, pada tahun 1880, Pucini melanjutkan pelajaran di konservatori Milan (Milan conservatory) untuk mempelajari penggubahan muzik bersama Amilcare Ponchielli dan Antonio Bazzini. Pada tahun yang sama pada usia 21 tahun, beliau menggubah Messa, yang dibuat berdasarkan warisan keluarga beliau yang mempunyai kaitan dengan muzik gereja.
Kerjaseni itu melanjutkan karier Puccini sebagai penggubah opera yang memberi beliau pengaruh kuat kepada kejayaan beliau di masa akan dataing. Ketika belajar di konservatori , Puccini mendapat libreto dari Ferdinando Fontano dan memasuki pertandingan satu babak opera pada 1882. Walau tidak menang, karya beliau Le Villi dipersembahkan pada tahun 1884 di Teatro dal Verme yang mendapat perhatian ketua syarikat G. Ricordi & Co, Giulio Ricordi yang menaja opera ke-2 Puccini, Edgar pada tahun 1889.
Manon Lescaut (1893), opera ke-3 beliau adalah kejayaan beliau yang pertama. Kejayaan ini menjalinkan persahabatan erat dengan libretis-libretis Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa yang kemudiannya menulis untuk 3 lagi opera beliau yang juga menjadi opera paling terkenal sehingga ke hari ini. Opera-opera tersebut adalah :
Sila lihat kotak maklumat disebelah kanan untuk senarai lengkap opera beliau.
Puccini meninggal dunia pada November 29 1924 akibat dari serangan jantung, sehari selepas pembedahan. Berita kematian beliau sampai di Rom pada waktu pertengahan persembahan La bohème.
Turandot, opera terakhir beliau tidak sempat dihabiskan dan kerja itu kemudiannya disambung oleh Franco Alfano berdasarkan nota ringkas Puccini. Ketika persembahan pembukaan Turandot pada 1926, konduktor Arturo Toscanini memilih tidak memainkan bahagian yang disambung oleh Alfano. Beliau menghentikan persembahan hingga kebahagian terakhir Puccini dan memandang penonton sambil berkata "Opera ini berakhir di sini kerana Maestro Puccini meninggal pada bahagian ini”. Namun sesetengah orang berkata, beliau menggunakan kata-kata yang berpuisi “Di sinilah Maestro Puccini meletakkan pen beliau”
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Giacomo Puccini |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.