From Wikipedia, the free encyclopedia
Edgar ialah opera dramma lirico tiga babak (asalnya empat babak) hasil karya penggubah Giacomo Puccini ditulis untuk libreto Itali oleh Ferdinando Fontana, berdasarkan drama La Coupe et les lèvres oleh Alfred de Musset. Persembahan pertama opera ini dibuat di Teatro alla Scala, Milan pada 21 April 1889.
Senarai opera Giacomo Puccini |
---|
Le Villi (1884) |
Edgar merupakan opera ke-2 Puccini. Dana dan modal disumbang oleh rakan karibnya Giulio Ricordi, sama seperti opera beliau yang pertama, Le Villi. Versi asal mempunyai 4 babak dan mendapat sambutan yang kurang baik. Pada Januari 1890, Puccini merubah versi asal termasuk pengakhiran yang berbeza untuk babak yang ke-3. Pada musim luruh 1891, Puccini merombak opera ini lagi sekali dan mengurangkan dari 4 ke 3 babak sahaja. Rombakan terakhir ini mendapat sambutan yang lebih dingin dari opera 4 babak yang asal. Sesetengah muzik yang dipotong dari versi 1891, digunakan untuk opera Tosca dan menjadi duet yang merdu untuk babak ke-3 "Amaro sol per te m'era il morire!". Babak pengkebumian dari babak ke-3 dimainkan pada masa pengkebumian Puccini oleh Arturo Toscanini.
Banyak persamaan di antara opera ini dengan opera Carmen, hasil karya penggubah adalah Georges Bizet. Kedua-dua opera ini mempunyai watak seorang pemuda yang keliru (tenor : Edger, Don José) yang terpaksa berhempas pulas untuk memilih antara cinta sejati dengan gadis dari kampung halaman beliau (soprano: Fidelia, Micaëla) ataupun seorang gadis eksotik gipsi (mezzo-soprano: Tigrana, Carmen)
Peranan | Jenis suara | Tayangan pembukaan 21 April 1889 (Konduktor: Franco Faccio) |
---|---|---|
Edgar | tenor | Gregorio Gabrielesco |
Fidelina | soprano | Aurelia Cattaneo |
Tigrana | mezzo-soprano | Romilda Pantaleoni |
Frank | bariton | Antonio Magini-Coletti |
Gualtiero, ayah kepada Fidelia dan Frank | bes | Pio Marini |
Para petani, askar, orang bangsawan, sami, kanak-kanak – Koir |
Fidelia menyintai Edgar dan berjumpa dengan beliau, namun meninggalkan Edgar apabila Tigrana tiba. Tigrana memujuk Edgar agar pulang kepadanya, namun Edgar memberitahunnya bahawa hati beliau hanya untuk Fidelia. Frank yang amat menyintai, namun gagal kerana Tigrana hanya mahukan Edgar. Frank bertengkar dengan Tigrana. Selapas Tigrana mempersendakan penduduk setempat di masa sembahyang, penduduk setempat menghalaunya meninggalkan kampung halamannya. Tigrana lari ke rumah Edgar meminta bantuan dan melindung Tigrana dari penduduk kampong yang marah. Beliau akhirnya meninggalkan kampong halamannya bersama Tigrana dan membakar rumahnya. Frank cuba menaham Edgar dari membawa pergi Tigrana dan mereka beradu pedang. Frank tercedera dan kedua-duanya meninggalkan kampong halaman sambil di cerca oleh penduduk kampung.
Edgar rindukan Fidelia ada ingin pulang kepada kekasihnya, namun dipujuk oleh Tigrana. Edgar hampir termakan pujukan apabila sekumpulan askar yang diketuai oleh Frank tiba . Frank datang untuk meminta kemaafan di atas perbuatan beliau. Untuk melarikan diri dari Tigrana, Edgar mengganggotai pasukan tentera, walaupun dirayu oleh Tigrana. Tigrana bersumpah untuk membalas dendam sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu meninggalkannya.
Pihak tentera membawa pulang mayat Edgar yang kecundang di medan perang. Frank dan orang ramai memuji Edgar sebagai seorang perwira, tetapi seorang sami yang mendengar pengakuan Edgar sebelum meghembuskan nafas terakhir, menghina beliau. Sami tersebut menceritakan banyak keburukan tentang Edgar menyebabkan orang ramai mula menghina Edgar. Hanya Fidelia yang bangun untuk membela Edgar dan bersumpah bahawa mereka akan disatukan di syurga kelak. Tigrana tiba di pengkebumian dan mula menangis tetapi beliau kecewa apabila mendapati semua orang telah pulang dan tidak nampak beliau menangis. Tigrana menyogok orang ramai dengan intan permata untuk membawa mereka ke pengkebumian Edgar agar mereka nampak dia menangis. Apabila semua orang telah tiba, sami tersebut mula menceritakan keburukan Edgar termasuk bagaimana beliau berlaku curang kepada negaranya sendiri untuk mengaut emas, dan Tigrana akhirnya bersetuju dengan sami tersebut. Askar-askar cuba merosakkan mayat Edgar apabila mereka mendapati bahawa tida mayat di dalam keranda kecuali baju pelindung tentera. Sami tersebut membuka pelindung kepala dan mendedahkan bahawa beliau adalah Edgar dan memilih untuk hidup bersama Fidelia sebagai satu-satunya orang yang kekal setia kepadanya. Tigrana naik marah dan menikam Fidelia dengan pisau, Fidelia rebah dan meninggal dunia. Edgar menangis kesedihan ketika pasukan tentera menangkap Tigrana.
Tahun | Penyanyi-pelakon (Edgar, Fidelio, Tigrana, Frank) |
Konduktor, rumah opera dan orkestra |
Label |
---|---|---|---|
1977 | Carlo Bergonzi, Renata Scotto, Gwendolyn Killebrew, Vicente Sardinero | Eve Queler, Opera Orchestra of New York, Schola Cantorum of New York | Audio CD: Sony Classical ASIN: B000002595 |
2006 | Plácido Domingo, Adriana Damato, Marianne Cornetti, Juan Pons | Alberto Veronesi, Orchestra dell'Accademia Nazionale di Santa Cecilia | CD Audio: Deutsche Grammophon Kat:00289 477 6102 |
Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.