Madama Butterfly

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Madama Butterfly atau bahasa Inggeris, (Madame Butterfly) ialah opera tiga babak (asalnya dua babak sahaja) arahan penggubah Giacomo Puccini, ditulis untuk libreto Itali oleh Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa. Opera ini berdasarkan cerita pendek karangan John Luther Long, yang dibuat sebagai lakonan pementasan oleh David Belasco; juga berdasarkan novel Madame Chrysanthème (1887) karangan Pierre Loti.

Maklumat lanjut Senarai opera Giacomo Puccini ...
Remove ads

Latar belakang

Versi pertama untuk persembahan pembukaan dibuat pada Februari 17, 1904 di Teatro alla Scala, di Milan. Persembahan pertama cuma mempunyai dua babak dan tidak mendapat sambutan yang baik. Pada Mei 28 tahun yang sama, versi baru dipersembahkan di Brescia. Opera versi kedua ini mendapat sambutan hangat dan kejayaan yang amat besar kepada Puccini sehingga merentasi lautan Atlantik ke Metropolitan Opera di bandaraya New York pada tahun 1907.

Pada hari ini, peminat opera Itali lebih memilih opera versi pertama (2 babak) manakala di Amerika Syarikat, peminat opera di sana lebih mengemari versi kedua ialah opera tiga babak. Menurut persatuan opera America, Madama Butterfly adalah opera yang paling digemari ramai dan yang paling kerap dipersembahkan di Amerika utara [1].

Opera ini berkisar kepada kehidupan di bandaraya Nagasaki, Jepun dan menurut ahli penyelidik Amerika, Arthur Groos, cerita ini adalah kisah benar yang berlaku di sana pada awal tahun 1890an.

Remove ads

Peranan

Thumb
Poster asal Madama Butterfly
Maklumat lanjut Peranan, Jenis suara ...
Remove ads

Aria-aria terkenal

  • "Dovunque al mondo" - Benjamin Pinkerton dalam Babak I
  • "Quanto cielo! Quanto mar!" – Madama Butterfly dalam Babak I
  • "Viene la sera" – Madama Butterfly & Benjamin Pinkerton dalam Babak I
  • "Vogliatemi bene" - Madama Butterfly dalam Babak I
  • "Un bel dì vedremo" - Madama Butterfly dalam Babak II
  • "Addio, fiorito asil" - Benjamin Pinkerton dalam Babak III
  • "Tu, tu piccolo Iddio" - Madama Butterfly dalam Babak III
  • "Con onor muore" - Madama Butterfly dalam Babak III

Rakaman terpilih

Maklumat lanjut Tahun, Penyanyi-pelakon (Cio-Cio San, B.E Pinkerton, Suzuki) ...

Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com

Remove ads

Buku rujukan

  • Arthur Groos, "Madame Butterfly: The Story", Cambridge Opera Journal, Vol.3 No.2 (Julai 1991)
  • Van Wyck Farkas, Remy. Madama Butterfly Record Insert. 1952.
  • The Simon & Schuster Book of the Opera. 1977.
  • Plot yang diambil dari The Opera Goer's Complete Guide oleh Leo Melitz, versi 1921.
  • Kamus Bob Wardlas
  • Starcrossed: A Biography of Madame Butterfly oleh Brian Burke-Gaffney (EastBridge, 2004) ISBN 1-891936-48-4
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads