29 November merupakan hari ke-333 (hari ke-334 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 32 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pembebasan di Albania (1944).
- 1877 - Thomas Edison menunjukkan peti nyanyi ciptaannya (gambar), yang boleh merakam dan memainkan bunyi.
- 1890 - Diet Jepun (gambar), yang mencontohi Reichstag Jerman dan sistem Westminster British, bersidang kali pertama apabila Perlembagaan Meiji mula berkuatkuasa di Jepun.
- 1929 - Richard Byrd, Bernt Balchen dan dua yang lain menamatkan penerbangan pertama di atas Kutub Selatan.
- 1947 - Perhimpunan Agung PBB bersetuju dengan Pelan Pembahagian Palestin, yang cuba untuk menyelesaikan Konflik Arab-Israel di Palestin Bermandat.
- 1972 - Atari melancarkan Pong, permainan video komersil yang pertama berjaya, di Sunnyvale, California.
- 2007 - Sekumpulan askar pimpinan Senator Antonio Trillanes memberontak, namun berjaya dihentikan Angkatan Tentera Filipina.
- 2007 - Darurat Pakistan 2007: Pervez Musharraf mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan, kini sebagai orang awam.
- 2009 - Rwanda diterima masuk ke dalam Negara-Negara Komanwel melalui kriteria Edinburgh, menjadi anggota keduanya tanpa sebarang hubungan bersejarah rasmi dengan United Kingdom.
- 2009 - Para pengundi di Switzerland bersetuju mengharamkan pembinaan menara masjid di negara itu dalam satu pungutan suara.
- 2011 - Bekas Presiden Côte d'Ivoire Laurent Gbagbo diekstradisi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk dibicarakan kerana peranannya dalam Perang Saudara Côte d'Ivoire Kedua.
- 2011 - United Kingdom mengusir semua diplomat Iran selepas kedutaanya di Teheran diserang.
- 2012 - Perhimpunan Agung PBB meluluskan usul memberikan Palestin status negara pemerhati bukan-anggota.