United States Army general From Wikipedia, the free encyclopedia
George Smith Patton, Jr. (11 November 1885 - 21 Disember 1945) merupakan salah seorang Jeneral Tentera Amerika Syarikat yang paling popular dalam Perang Dunia Kedua. Patton merupakan penyokong kuat peperangan armor. Beliau memimpin sebuah kor dalam Operasi Torch, memimpin Tentera Darat Ketujuh AS dalam penjajahan Sicily, dan memimpin rempuhan keluar Tentera Darat Ketiga AS dari Normandy. Campur tangannya semasa Pertempuran Bulge merupakan faktor penentu bagi kejayaan pihak Bersekutu.
Jeneral George S. Patton | |
---|---|
Nama lahir | George Smith Patton , Jr. |
Nama samaran | Bandito Old Blood and Guts The Old Man |
Kelahiran | 11 November 1885 San Gabriel, California |
Meninggal dunia | 21 Disember 1945 (umur 60) Heidelberg, Jerman |
Dikebumikan di | Tanah Perkuburan dan Memorial Amerika, Luxembourg City (49°36′42″N 06°11′08″E) |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1909–1945 |
Pangkat | Jeneral |
Arahan | Briged 304 Kereta Kebal 3 Squadron, 3 Kavalri Rejimen 5 Kavalri Rejimen 3 Kavalri 2 Briged, Divisyen 2 Armor Divisyen 2 Armor Kor I Armor Pusat Latihan Gurun Kor II Tentera Darat Ketujuh AS Tentera Darat Ketiga AS Tentera Darat Ke-15 Amerika |
Pertempuran | Revolusi Mexico
|
Anugerah | Distinguished Service Cross (2) Distinguished Service Medal (3) Silver Star (2) Legion of Merit Bronze Star Purple Heart Companion of the Order of the Bath Knight Commander of the Order of the British Empire Legion of Honor Order of the White Lion Grand Officer of the Order of Leopold Order of Adolphe of Nassau Order of Koutusoff, 1st Grade |
Hubungan | Mejar Jeneral George Patton IV (anak) Jeneral John K. Waters (Menantu) |
Dilahirkan tahun 1885 kepada sebuah keluarga yang istimewa dengan latar belakang ketenteraan yang luas, Patton memasuki Institut Tentera Virginia, dan kemudian Akademi Tentera AS di West Point. Beliau mengambil bahagian dalam pentatlon moden di Sukan Olimpik 1912, dan memainkan peranan penting dalam mereka bentuk Pedang Kavalri Model 1913 atau dikenali sebagai "Patton Saber". Patton pertama kali berperang semasa Ekspedisi Pancho Villa pada tahun 1916, mengambil bahagian dalam tindakan ketenteraan pertama Amerika menggunakan kenderaan bermotor. Beliau kemudian menyertai Kor Kereta Kebal Amerika Syarikat yang baru ditubuhkan dalam Angkatan Ekspedisi Amerika dan berjuang dalam Perang Dunia I, pada mulanya memerintah sekolah kereta kebal AS di Perancis sebelum tercedera di penghujung perang. Dalam tempoh antara perang, Patton kekal sebagai tokoh utama dalam pembangunan doktrin peperangan armor dalam Tentera Darat Amerika Syarikat dan banyak berkhidmat dalam jawatan staf di seluruh negara. Naik pangkat dari bawah, beliau memerintah Divisyen Ke-2 Armor Amerika Syarikat pada masa kemasukan AS dalam Perang Dunia II.
Patton memimpin tentera AS ke dalam kancah Mediterranean dengan serangan daripada Casablanca semasa Operasi Torch pada tahun 1942, di mana beliau kemudian memantapkan dirinya sebagai komander yang berkesan dalam pemulihan pantas Kor II Amerika Syarikat yang lemah. Beliau memerintah Tentera Darat Ketujuh semasa Penjajahan Sicily, di mana beliau merupakan komander bersekutu pertama sampai ke Messina. Di sana beliau telah diselubungi kontroversi selepas menampar dua askar yang mengalami tekanan jiwa di bawah perintahnya, dan telah dipindahkan untuk sementara dari jawatan medan perang ke tugas-tugas lain seperti mengambil bahagian dalam kempen Operasi Fortitude yang palsu bagi Operasi Overlord. Patton kembali memerintah Tentera Darat Ketiga selepas Pencerobohan Normandy pada tahun 1944, di mana beliau dengan jayanya mengetuai, kemaraan pantas armor di seluruh Perancis. Beliau memimpin bantuan untuk tentera AS yang terkepung di Bastogne semasa Pertempuran Bulge, dan kemaraan tenteranya ke dalam Jerman Nazi pada penghujung perang.
Selepas perang, Patton menjadi gabenor tentera Bavaria, tetapi beliau telah dilucutkan jawatan kerana kenyataan pedas beliau terhadap denazifikasi. Beliau memerintah Tentera Darat Kelima Belas Amerika Syarikat untuk tempoh dua bulan lebih. Patton meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan kereta di Eropah pada 21 Disember 1945.
Imej berwarna-warni Patton, personaliti berhati keras dan kejayaan sebagai komander ada masanya dibayangi oleh kenyataan kontroversi umum mengenai Kesatuan Soviet yang tidak selari dengan dasar luar Amerika. Tetapi falsafah beliau yang gemar memimpin dari depan dan keupayaan untuk memberi inspirasi kepada tenteranya dengan ucapan tegas, seperti ucapan terkenal untuk Tentera Darat Ketiga, sangat menarik perhatian. Penekanan kuat beliau mengenai tindakan serangan pantas dan agresif terbukti berkesan. Ketika para pemimpin Bersekutu berbeza pendapat mengenai Patton, beliau telah dipandang tinggi oleh penentangnya dalam Markas Besar Jerman. Sebuah filem popular, yang memenangi anugerah filem biografi yang dikeluarkan pada tahun 1970 membantu mengubah Patton menjadi wira rakyat Amerika.
Distinguished Service Cross berserta satu Oak Leaf Cluster | |
Distinguished Service Medal berserta dua oak leaf clusters | |
Silver Star with one oak leaf cluster | |
Legion of Merit | |
Bronze Star | |
Purple Heart | |
Silver Lifesaving Medal | |
Mexican Service Medal | |
World War I Victory Medal with five battle clasps |
Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire |
Honorary Companion of the Order of the Bath
Templat:Cite newspaper The Times</ref> |
Grand Officer of the Order of Leopold (Belgium) |
Belgian Croix de Guerre with palm |
French Legion of Honor |
French Croix de Guerre |
Luxemburg War Cross |
Grand Luxemburg Cross of the Order of Adolphe of Nassau |
Grand Cross of Ouissam Alaouite of Morocco |
Order of the White Lion of Czechoslovakia |
Czechoslovakian War Cross |
Insignia | Pangkat | Komponen | Tarikh |
---|---|---|---|
Tiada lencana pangkat pada 1909 | Leftenan Kedua | Tentera Darat Tetap | 11 Jun 1909 |
Leftenan Pertama | Regular Army | May 23, 1916 | |
Kapten | Regular Army | May 15, 1917 | |
Mejar | National Army | January 26, 1918 | |
Leftenan Kolonel | National Army | March 30, 1918 | |
Kolonel | National Army | October 17, 1918 | |
Kembali ke pangkat tetap Kapten | Regular Army | June 30, 1920 | |
Mejar | Regular Army | July 1, 1920 | |
Leftenan Kolonel | Regular Army | March 1, 1934 | |
Kolonel | Regular Army | July 1, 1938 | |
Brigedier Jeneral | Tentera Darat Amerika Syarikat | October 2, 1940 | |
Mejar Jeneral | Army of the United States | April 4, 1941 | |
Leftenan Jeneral | Army of the United States | March 12, 1943 | |
Brigedier Jeneral | Regular Army | August 16, 1944 | |
Mejar Jeneral | Regular Army | August 16, 1944 | |
Leftenan Jeneral | Regular Army | December 4, 1944 | |
Jeneral | Army of the United States | April 14, 1945 |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: George S. Patton. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: George S. Patton |
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sir Thomas Beecham Walter F. George Matthew Ridgway |
Kulit Depan Majalah Time 12 April 1943 26 Julai 1943 9 April 1945 |
Diikuti oleh: Manuel Ávila Camacho Ingrid Bergman Simon Bolivar Buckner, Jr. |
Pegawai tentera | ||
Didahului oleh Courtney Hodges |
Panglima Tentera Darat Ketiga Amerika Syarikat 1944–1945 |
Diikuti oleh: Lucian K. Truscott |
Didahului oleh Baru ditubuhkan |
Panglima Tentera Darat Ketujuh Amerika Syarikat 10 Julai 1943 – 1 Januari 1944 |
Diikuti oleh: Mark Wayne Clark |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.