![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/84/Fokker_EIII_210-16.jpg/640px-Fokker_EIII_210-16.jpg&w=640&q=50)
Fokker Eindecker
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fokker Eindecker adalah sebuah pesawat pejuang satah tunggal, satu tempat duduk buatan Jerman semasa Perang Dunia I. Ia telah direka oleh seorang jurutera kelahiran Belanda, Anthony Fokker.[2] Dibangunkan pada April 1915, Eindecker ("Satah tunggal") merupakan pesawat pejuang pelbagai guna pertama Jerman dan pesawat pertama dipasang dengan giar penyegerak, membolehkan juruterbang menembak mesingan melalui bilah kipas bebaling tanpa merosakkan bilah kipas.[2] Eindecker memberi Khidmat Udara Jerman satu darjah penguasaan udara bermula pada bulan Julai 1915 sehingga awal 1916. Tempoh ini dikenali sebagai "Kesengsaraan Fokker," di mana para juruterbang Berikat menganggap pesawat bersenjata ringan mereka sebagai "Pengumpan Fokker".
Fakta Segera Eindecker, Peranan ...
Eindecker | |
---|---|
Fokker E.III 210/16 yang ditawan sedang diterbangkan di Upavon, Wiltshire pada tahun 1916, dan masih lagi wujud pada kurun ke-21. | |
Peranan | Pesawat pejuang |
Pengeluar | Fokker |
Penerbangan pertama | 23 Mei 1915 (M.5 diubahsuai yang bertindak sebagai sebuah prototaip E.1)[1] |
Jumlah dibina | 416 |
Tutup