From Wikipedia, the free encyclopedia
Bebaling (Bahasa Jerman, Bahasa Inggeris: Propeller, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Portugis: Hélice) atau baling-baling ialah sejenis alat mekanikal berbentuk kipas yang memindahkan kuasa dengan menukar daya putaran menjadi daya tujahan. Ia digunakan untuk menggerakkan kapal terbang, kapal, kapal selam ataupun bendalir di dalam pam. Ia terdiri daripada satu atau lebih bilah yang beroperasi seperti skru atau sayap yang berputar. Apabila tekanan berbeza antara permukaan depan dan belakang bilah dihasilkan, air atau udara akan memecut di belakang bilah yang akan menghasilkan daya tujahan. Prinsip dinamik bebaling adalah berdasarkan model prinsip Bernoulli dan hukum ketiga Newton.
Garis pusat (diameter) bebaling ditakrifkan sebagai "Dua kali jarak dari pusat hab bebaling hingga ke hujung bilah" [1].
Nisbah mara kipas, dikira menggunakan rumus berikut:
di mana
Sistem dalam kapal terbang yang mengawal aliran alkohol dan gliserin di sepanjang sibar haluan bilah bebaling bagi mengelakkan pembentukan ais pada bilah. [1]
Bahagian tengah bebaling yang menjadi tempat untuk melekatkan bilah pada bebaling. Bahagian ini juga melekatkan bebaling ke enjin. [1]
Brek geseran yang digunakan pada enjin turboprop untuk mengelakkan bebaling daripada berputar semasa penerbangan serta ketika pesawat berada dalam kedudukan suai anggul untuk mencegah berlaku kinciran semasa enjin dalam operasi malar. [1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.