Pengacara televisyen Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (lahir 9 September 1982) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, terkenal sebagai pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3.[1] Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan Nona, Singgah Sahur dan Soal Rakyat.
Fiza Sabjahan | |
---|---|
Kelahiran | Siti Hasfizza Aswaty binti Sab Jahan 9 September 1982 |
Pekerjaan | Pengacara, pramugari, penerbit |
Tahun aktif | 2007–kini |
Majikan | Media Prima (2007–kini) |
Pasangan | Afief Farhan Fauzi (k. 2010; c. 2014) |
Sebelum menyertai dunia penyiaran Fiza adalah bekas pramugari Malaysia Airlines dari 2003 sehingga 2006, pada 2007 beliau menyertai program pencarian bakat baru iaitu Pesona Nona 2007 dan beliau menjadi naib juara Pesona Nona 2007 seterusnya diserapkan sebagai pengacara Nona bagi menggantikan Nurul Syuhada Nurul Ain yang bertukar ke program Majalah 3.
Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Neelofa, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[2][3][4]
Fiza Sabjahan pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi dan memfailkan perceraian pada tahun 2014. Beliau sehingga kini masih tidak berkahwin kerana ingin mengutamakan kerjaya yang dibina sungguhpun ingin mencari pasangan baru selepas kegagalan perkahwinan pertama. [5][6]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Aku Tak Raya | Dirinya sendiri | TV3 | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV |
---|---|---|---|
2007–kini | Wanita Hari Ini | Pengacara | TV3 |
2008–2020 | Bersamamu | Pengacara & Suara latar | |
2020 | Jom Heboh Di Rumah | Pengacara | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.