From Wikipedia, the free encyclopedia
Festival Filem Antarabangsa Venezia[nota bahasa 1] (Itali: Mostra Internazionale d'Arte Cinematografica della Biennale di Venezia , "Pameran Seni Sinematografi Antarabangsa Dwitahunan Venezia"), didirikan pada tahun 1932, adalah festival filem yang tertua di dunia, dan salah satu festival filem "Tiga Besar" bersama Festival Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin.[1][2]
Acara ini merupakan sebahagian dari temasya Biennale Venezia yang telah diasaskan oleh Majlis Kota Venezia pada tahun 1895. Temasya tersebut kini merangkumi pelbagai acara yang berasingan termasuk: Pameran Seni Antarabangsa; Festival Muzik Kontemporari Antarabangsa; Festival Teater Antarabangsa; Pameran Seni Bina Antarabangsa; Festival Tarian Kontemporari Antarabangsa; Karnival Kanak-Kanak Antarabangsa; dan Festival Filem Venice berlangsung setiap tahun, iaitu acara yang yang boleh dikatakan paling terkenal antara semua acara ini.
Festival filem ini berlangsung pada akhir bulan Ogos atau awal September di pulau Lido, Venezia, Itali. Acara tayangan utama filem yang menjadi tumpuan tarikan diadakan di bangunan Palazzo del Cinema yang bersejarah di Lungomare Marconi serta di tempat-tempat lain yang berdekatan. Sejak awal penubuhannya, Festival Filem Venice telah berkembang menjadi salah satu festival filem yang paling berprestij di dunia.
Pengurusan acara ini turut dikendalikan presiden Venice Biennale yang mewakilinya di hadapan pihak berkuasa dan media, jawatan ini dilantik oleh Kementerian Warisan Budaya Itali.
Ada seberapa anugerah berprestij dikurnia sewaktu temasya acara ini berlangsung:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.