From Wikipedia, the free encyclopedia
Festival Cannes (/kæn/; Perancis: Festival de Cannes ), sehingga 2003 dipanggil Festival Filem Antarabangsa (Festival international du film ) atau Festival Filem Cannes, ialah festival filem tahunan yang diadakan di Cannes, Perancis, yang meninjau filem-filem terbaru dari semua genre, termasuk dokumentari dari seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1946, festival khusus undangan diadakan setiap tahun (biasanya pada bulan Mei) di Palais des Festivals et des Congrès.[1]
Festival Filem Cannes Cannes Film Festival | |
---|---|
Nama asli | Festival de Cannes (fr) |
Jenis | Annual film festival (en) , acara |
Penerangan | Penghargaan dalam industri perfileman |
Tempat | Cannes |
Negara | Cannes, Perancis |
Kali pertama | 1946 |
Tapak web | |
http://www.festival-cannes.com/ | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 1 Julai 2014, pengasas bersama dan bekas ketua pengendali TV berbayar Perancis Canal+, Pierre Lescure, memegang jawatan sebagai Presiden Festival, sementara Thierry Frémaux menjadi Pengurus Delegasi. Ahli lembaga pengarah juga melantik Gilles Jacob sebagai Presiden Kehormat Festival.[2][3]
Ia merupakan salah satu festival filem "Lima Besar", bersama-sama Festival Filem Venice di Itali, Festival Filem Antarabangsa Berlin di Jerman, Festival Filem Antarabangsa Toronto di Kanada dan Festival Filem Sundance di Amerika Syarikat.[4][5][6] Lima Besar diakui di peringkat antarabangsa kerana memberikan kebebasan seni kepada pencipta untuk mengekspresikan diri melalui filem.[7] Pada tahun 1951, FIAPF memperakui festival ini secara terbuka.[8]
Sejak Pameran Universal 1937, Perancis telah menyatakan keinginan untuk menyatukan prestij kebudayaannya dengan menganjurkan pertandingan filem antarabangsa. Pada tahun 1930-an, dunia telah dikejutkan dengan pengaruh Kerajaan Jerman dan Itali yang fasis dalam pemilihan filem untuk Festival Filem Venice yang dirasmikan pada bulan Ogos oleh Dr. Joseph Goebbels.[9] Oleh kerana itu, Philippe Erlanger (Pengarah Persatuan Tindakan Kesenian Perancis) dan pengkritik filem Émile Vuillermoz dan René Jeanne (ketiga-tiga ahli-ahli juri antarabangsa Festival Filem Venice) telah mengemukakan kepada Jean Zay, Menteri Pendidikan dan Persatuan Beaux-Arts, idea festival antarabangsa panggung wayang yang bebas dari segi politik. Jean Zay, yang berminat dalam cadangan itu, membalas dengan baik 26 Disember 1938 perkara itu dan menggalakkan Amerika Syarikat dan British supaya memboikot Festival Filem Venice. Harold Smith, wakil Paris untuk Motion Picture Association of America dan Neville Kearney, perwakilan rasmi pawagam Inggeris di Perancis, berjanji untuk menyokong "festival dunia bebas." Festival ini adalah perkongsian Perancis-Amerika yang mewujudkan pasaran terbesar dalam dunia perfileman.
Beberapa bandar raya menjadi calon untuk diadakan festival ini, termasuklah Aix-les-Bains, Algiers, Biarritz, Lucerne, Ostende, Vichy dan akhirnya Cannes. Henri-Georges Clouzot suka akan Cannes kerana terdapat cahaya matahari yang terik di kawasan tersebut. Jawatankuasa penyelarasan terdiri daripada wakil-wakil dari pelbagai kementerian yang terlibat dengan perayaan itu, setelah mengambil tahu kelebihan tiap-tiap kota tersebut serta menghantar perwakilannya di lokasi-lokasi itu, mereka akhirnya memilih Cannes. Dua anak jati Cannes, Henri Gendre, pemilik Grand Hotel, dan Jean Fillioux, pemilik Palm Beach, telah dikemukakan bilik, peralatan dan dewan projeksi yang mampu menempatkan seramai seribu penonton. Di samping itu, bandar Cannes telah bertekad untuk menyediakan belanjawan kewangan sebanyak 600 000 Franc, untuk menempatkan ahli jawatankuasa di bilik penerimaannya dan berjanji untuk membina sebuah istana yang khusus didedikasikan untuk festival filem tersebut.
Philippe Erlanger ialah perwakilan umum pertama festival.
Pada bulan Jun 1939, Louis Lumière bersetuju untuk menjadi presiden edisi pertama festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 20 September. Beliau menyatakan bahawa dia mahu "menggalakkan pembangunan seni sinematografi dalam semua segi dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan negara penghasil filem."
Filem asing termasuk The Wizard of Oz oleh Victor Fleming, Pacific Express oleh Cecil B. DeMille, Goodbye Mr Chips oleh Encik Sam Wood dan The Four Feathers oleh Zoltan Korda.
Pelukis Jean-Gabriel Domergue, seorang penduduk Cannes, telah mencipta poster terkenal festival yang pertama.
Pada bulan Ogos pula, bintang-bintang telah berkumpul dan Metro-Goldwyn-Mayer mengarahkan kapal persiaran transatlantik untuk membawa bintang-bintang Hollywood: Tyrone Power, Gary Cooper, Annabella, Norma Shearer dan George Raft. Diilhamkan dari filem The Hunchback of Notre Dame, pihak dari Amerika merancang untuk membina replika Notre-Dame de Paris di pantai Cannes. Pada 1 September iaitu hari pembukaan, tentera Jerman memasuki Poland, dan festival tersebut telah dibatalkan untuk tahun tersebut.[10]
Tahun | Presiden | Delegasi Umum | Setiausaha Umum | |
---|---|---|---|---|
1949 | – | – | Jean Touzet | |
1952 | Robert Favre Le Bret | |||
1972 | Robert Favre Le Bret |
Maurice Bessy | ||
1978 | Gilles Jacob | |||
1984 | Pierre Viot | |||
1985 | Michel P. Bonnet | |||
1991 | François Erlenbach | |||
2001 | Gilles Jacob | Pengarah Umum Véronique Cayla |
Delegasi Artistik Thierry Frémaux | |
2005 | Catherine Démier | |||
2007 | Thierry Frémaux | |||
2014 | Pierre Lescure | |||
2017 |
Presiden festival, yang mewakili Festival bersama rakan-rakan kewangannya, pihak berkuasa awam dan media, dipilih oleh lembaga pengarah festival iaitu "Persatuan Festival Filem Perancis". Lembaga ini terdiri daripada pihak berkuasa dunia pawagam serta pihak berkuasa awam yang mensubsidi acara tersebut. Presiden mempunyai mandat selama 3 tahun yang boleh diperbaharui tempohnya dan mampu melantik anggota pasukannya, termasuk Delegasi Umum, dengan kelulusan kumpulan pengarah.[11] Kadang-kadang seorang Presiden, selepas berakhir memegang jawatan tersebut, bakal menjadi Presiden Kehormat Festival.
Delegasi Umum bertanggungjawab untuk menyelaraskan ke semua peristiwa tersebut. Ketika Gilles Jacob melepaskan diri dari Delegasi Umum ke jawatan Presiden, pada tahun 2001, dua jawatan baharu telah diciptakan untuk mengambil alih jawatannya, Pengarah Umum untuk mengawasi kelancaran acara itu, dan Delegasi Artistik, yang bertanggungjawab dalam pemilihan filem. Walau bagaimanapun, pada tahun 2007, Delegasi Artistik Thierry Fremaux, sekali lagi menjadi Delegasi Umum festival.
Setiausaha Umum bertanggungjawab untuk penerimaan karya dan perkara praktikal lain.
Anugerah yang panggil berprestij yang diberikan di Festival Filem Cannes ialah Palme d'Or ("Palma Emas") untuk filem terbaik.
Beberapa tahun kebelakangan ini, acara ini sering dipalit kontroversi berkaitan layanan tidak adil kepada para hadirin yang berlainan jantina.
Pada tahun 2015, acara ini pernah mencetuskan kemarahan dengan adanya suatu larangan pemakaian kasut yang bukan bertumit tinggi sehingga dijolok "Heelgate";[14] kejadian tersebut enyebabkan banyak selebriti wanita memakai kasut tapak rata atau tidak memakai kasut sama sekali ke acara utama sebagai tanda solidariti dan protes.[15]
Beberapa pengarah berprofil tinggi dan pengeluar filem juga telah dituduh melakukan gangguan dan penganiayaan seksual pada festival yang lalu. Menurut tuduhan rogol yang melibatkan Harvey Weinstein yang didakwa berlaku di Festival Filem Venezia.[16] Hasil daripada kontroversi seksual yang lalu dan gerakan #MeToo yang timbul daripada skandal hasil salah laku penerbit ini pada tahun 2018, pegawai Festival Filem Cannes mengumumkan pelancaran talian telefon penting dengan kerjasama dengan pemerintah Perancis[17] di mana mana-mana tetamu yang menjadi mangsa ataupun menyaksikan insiden gangguan seksual serta jenayah lain yang berkaitan dapat melaporkan perkara sebegini.[18]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.