Fenomena optik adalah sesuatu yang dapat dicerap akibat cahaya berinteraksi dengan jirim. Logamaya ialah contoh fenomena optikal.
Semua fenomena optik ada kaitan dengan zarah kecil cahaya dan tenaga yang dipanggil kuantum.[1] Fenomena optik lazim biasanya disebabkan oleh cahaya dari matahari atau bulan berinteraksi dengan atmosfera, awan, air, habuk dan zarahan lain. Satu contoh ialah pelangi, apabila cahaya matahari terpantul dan dibiaskan oleh titisan air. Sesetengah fenomena, seperti kilat hijau, sangat jarang berlaku sehingga ia kadang-kadang dianggap sebagai mitos.[2] Lain-lain, seperti fatamorgana, adalah perkara biasa di lokasi yang sesuai.
Fenomena lain hanyalah aspek optik yang menarik, atau kesan optik. Sebagai contoh, warna-warna yang dihasilkan oleh prisma sering ditunjukkan dalam bilik darjah.
Fenomena optik ialah perkara-perkara yang berlaku kerana cara cahaya berinteraksi dengan atmosfera; alam semula jadi (fenomena lain); objek, sama ada semula jadi atau buatan manusia (kesan optik); dan mata kita (fenomena entoptik). Sesetengah fenomena ini masih tidak dapat dijelaskan yang boleh mempunyai penjelasan optik dan "ilusi optik" yang mana penjelasan optik telah dikecualikan.
Banyak fenomena terjadi kerana cahaya boleh bersifat seperti zarah atau gelombang. Ada antaranya yang agak halus dan boleh diperhatikan hanya dengan menggunakan alat-alat saintifik yang tepat. Satu contoh yang diketahui ramai ialah apabila cahaya bintang melentur sekeliling Matahari yang diperhatikan semasa gerhana matahari. Ini menunjukkan bahawa ruang bersifat melengkung, seperti yang diramalkan oleh teori relativiti.
Berus Haidinger, bentuk kupu-kupu berwarna kuning kabur yang terhasil apabila melihat latar yang cerah dan sama warna seperti langit atau skrin komputer.
Diplopia monokular (atau poliplopia), penglihatan berganda dalam satu mata kerana ada pantulan di bahagian mata yang lain.
Fosfena daripada rangsangan selain daripada cahaya (cth., mekanikal, elektrik) terhadap sel batang dan kon mata atau neuron-neuron lain dalam sistem penglihatan
Lahiri, A. (2016). "Electromagnetic Theory and Optics". Basic Optics: Principles and Concepts. Elsevier. pp. 1–140. doi:10.1016/B978-0-12-805357-7.00001-0. ISBN 978-0-12-805357-7.