From Wikipedia, the free encyclopedia
Pendarfluor adalah sifat sesebuah bahan memancar cahaya atau sinaran elektromagnetik lain ("memendar" atau "berpendar") hasil tindak balas penyerapan cahaya oleh bahan tersebut. Dalam kebanyakan keadaan cahaya yang dipancarkan mempunyai panjang gelombang lebih panjang lalu bertenaga lebih rendah daripada sinaran yang diserap.[1] Bahan pendarfluor berhenti memendar segera apabila sumber radiasi berhenti tidak seperti bahan pendarfosfor yang terus memancarkan cahaya untuk beberapa waktu lama. Sifat ini dapat ditemui pada banyak bahan semula jadi baik dalam hidupan mahupun galian bumi.
Sifat pencahayaan ini mula diperhatikan pada tahun 1560-an oleh Bernardino de Sahagún dan Nicolás Monardes daripada seduhan kayu-kayu spesies Pterocarpus indicus dan Eysenhardtia polystachya.[2][3][4][5] Ia dikaji secara moden melalui pemerhatian cahaya pendaran dari fluorit secara berasingan oleh Edward D. Clarke masing-masing pada tahun 1819[6] dan tahun 1822;[7] David Brewster turut menggambarkan fenomena ini pada klorofil pada tahun 1833[8] manakala John Herschel melakukan hal yang sama untuk kuinin pada tahun 1845.[9][10] George Gabriel Stokes memberikan gambaran sepenuhnya sifat ini dalam terbitannya mengenai "perubahan panjang gelombang" (Refrangibility) tahun 1852 yang turut mengungkapkan lengkap konsep ini buat pertama kali dengan istilah fluorescence dari bahan fluorit dikajinya;[11] istilah ini dipinjam terjemah kepada "pendarfluour" dalam bahasa Melayu.
Pendarflour berlaku apabila sesebuah molekul, atom atau struktur nano yang diujakan melepaskan foton lalu berehat ke keadaan tenaga yang lebih rendah (mungkin keadaan membumi, ground state). Zarah asal ini mungkin teruja secara langsung dari keadaan dasar S 0 ke keadaan tunggal[12] S 2 dari keadaan bumi dengan penyerapan foton tenaga dan seterusnya memancarkan foton tenaga yang lebih rendah kerana merehat kepada S 1:
Dalam setiap kes, tenaga foton berkadar dengan frekuensi mengikut , di mana adalah pemalar Planck.
Keadaan akhir S 1 jika tidak membumi dapat kehilangan baki tenaganya melalui pelepasan pendarfluor lebih lanjut dan / atau pelonggaran tidak menyinar (non-radiative relaxation) di mana tenaga hilang sebagai haba (fonon). Apabila keadaan teruja menjadi metastabil (menstabil dalam jangka masa yang panjang), maka peralihan pendarfluor itu disebut sebagai pendarfosfor.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.