Doksisiklina
From Wikipedia, the free encyclopedia
Doksisiklina ialah antibiotik spektrum luas daripada kelas tetrasiklina yang digunakan dalam rawatan jangkitan disebabkan oleh bakteria dan parasit tertentu.[1] Ia digunakan untuk merawat radang paru-paru bakteria, jerawat, klamidia, penyakit Lyme, kolera, tifus dan sifilis.[1] Ia juga digunakan untuk mencegah malaria dalam kombinasi dengan kuinina.[1] Doksisiklina boleh diambil melalui mulut atau suntikan ke dalam vena.[1]
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Doxy, Doryx, Vibramycin, lain-lain |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a682063 |
Data lesen |
|
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | Mulut, intravena[1] |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | ~100% |
Pengikatan protein | 80–90% |
Metabolisme | Boleh diabaikan |
Penyingkiran separuh hayat | 10–22 jam |
Perkumuhan | Lazimnya tahi, 40% kencing |
Pengecam | |
| |
Nombor CAS |
|
PubChem CID | |
DrugBank |
|
ChemSpider |
|
UNII | |
KEGG |
|
ChEBI | |
ChEMBL | |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.008.429 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C22H24N2O8 |
Jisim molar | 444.44 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
| |
| |
NY (what is this?) (verify) |
Kesan sampingan yang biasa termasuk cirit-birit, loya, muntah, sakit perut dan peningkatan risiko selaran matahari.[1] Penggunaan semasa mengandung tidak digalakkan.[1] Seperti agen lain dalam kelas tetrasiklin, ia sama ada melambatkan atau membunuh bakteria dengan menghalang pengeluaran protein.[1][2] Ia membunuh malaria dengan menyasarkan organel plastid iaitu apikoplas.[3][4]
Doksisiklina telah dipatenkan pada 1957 dan mula digunakan secara komersial pada 1967.[5][6] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[7] Doksisiklina boleh didapati sebagai ubat generik.[1][8] Pada tahun 2020, ia adalah ubat ke-79 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 9 juta preskripsi.[9][10]