Tifus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ini merupakan penyakit Tifus. Lihat Demam kepialu /Demam paratifoid untuk penyakit berlainan dengan nama Inggeris yang seiras
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Tifus atau dalam bahasa Inggerisnya Typhus adalah nama yang diberikan kepada beberapa penyakit yang sama yang disebabkan oleh Rickettsiae. Perkataan ini berakar daripada dari perkataan Yunani typhos yang bererti asap atau kabus, suatu gambaran keadaan fikiran pesakit tifus.
Terdapat tiga jenis Tifus:[perlu rujukan]
- Wabak Tifus ( epidemic typhus ): juga dikenali sebagai tifus bawaan kutu louse. Penyakit ini biasanya berlaku selepas perang atau bencana alam. Organisma pencetus penyakit adalah Rickettsia prowazekii yang disebarkan oleh kutu badan manusia (Pediculus humanus corporis). Simptom termasuk pening kepala, demam, sejik, penat, dan keradangan. Bentuk tifus ini juga dikenali sebagai demam penjara atau demam kapal, kerana ia sering berlaku dalam keadaan sesak seperti di penjara dan di atas kapal.
- Tifus endemik: juga dikenali sebagai tifus bawaan kutu dan tifus Murine (murine typhus), disebabkan oleh Rickettsia typhi yang disebarkan oleh kutu tikusdan, kadang-kala, Rickettsia felis, disebarkan oleh kutu kucing atau opossum. Tanda-tanda jangkitan termasuk pening kepala, demam, sejuk, sakit sendi, muntah, dan batuk.
- Tifus scrub:[perlu rujukan] juga dikenali sebagai tifus bawaan (chigger) Ia disebabkan oleh Orientia tsutsugamushi dan disebarkan oleh chigger, yang boleh di dapati di kawasan semak tebal. Simptom termasok sakit kepala, demam, otot sakit, dan simptom penghadaman.