Diarea
penyakit pengeluaran tinja yang lebih kerap dan cair berbanding ketika kesihatan yang baik / From Wikipedia, the free encyclopedia
Diarea (disebut [di.a.ré.a], Ubt.[5]) atau dikenali umumnya sebagai cirit-birit (Jawi: چيريت-بيريتcode: ms is deprecated ) adalah kondisi kesihatan di mana sekurang-kurangnya tiga pergerakan usus menghasilkan tinja yang longgar, cair, atau berair (yakni "cirit"[6]) dialami setiap hari selama tempoh beberapa hari.[2] Keadaan ini boleh mengakibatkan dehidrasi kerana kehilangan cecair badan dimunculkan tanda-tanda kehilangan regangan kulit normal dan tingkah laku mudah marah menyebabkan penurunan kencing, kehilangan warna kulit, degupan jantung yang cepat, dan penurunan daya tindak dalam tahap lebih parah.[2] Tinja yang longgar tetapi tidak berair pada bayi yang disusui secara eksklusif adalah perkara biasa.[2]
Fakta Segera Diarea Cirit-birit, Pengkhususan ...
Diarea Cirit-birit | |
---|---|
Mikrograf elektron rotavirus, penyebab hampir 40% kemasukan ke hospital akibat diarea pada kanak-kanak di bawah umur lima tahun[1] | |
Pengkhususan | Penyakit berjangkit, gastroenterologi |
Gejala | Pergerakan usus longgar dengan kerap, dehidrasi[2] |
Punca | Kebiasaannya jangkitan (virus, bacteria, parasit)[2] |
Makanan atau air yang tercemar[2] | |
Pencegahan | Membasuh tangan, vaksinasi rotavirus, penyusuan susu ibu[2] |
Rawatan | Terapi rehidrasi oral, makanan tambahan zink[2] |
Kekerapan | ≈2.4 bilion (2015)[3] |
Kematian | 1.3 juta (2015)[4] |
sunting |
Tutup