From Wikipedia, the free encyclopedia
Lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti merupakan lagu yang dinyanyikan oleh P. Ramlee dan liriknya oleh S. Sudarmaji. Lagu ini telah dinyanyikan oleh P. Ramlee dalam Filem Ibu Mertua-ku dan 6 Jahanam.
"Di Mana Kan Ku Cari Ganti" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh P. Ramlee | ||||
daripada album OST Ibu Mertuaku | ||||
Dilancarkan | 1962 | |||
Format | EP, Piring Hitam | |||
Genre | R&B Pop | |||
Panjang | 4 : 22 | |||
Syarikat | Shaw Bros | |||
Penulis | P. Ramlee | |||
Penerbit | P. Ramlee | |||
Kronologi single P. Ramlee | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Dalam filem Ibu Mertuaku ia bermula dengan menunjukkan seorang pemuzik miskin Kassim Selamat (P. Ramlee) yang berkahwin dengan anak seorang kaya Sabariah Mansor (Sarimah). Ibu gadis tersebut menghalau mereka, dan atas desakan isterinya yang mahu berbaik dengan ibunya, Kassim bertukar kerja sebagai seorang buruh kasar. Apabila kehabisan wang, dan mengandung, Sabariah kembali kerumah ibunya dan melahirkan anak.
Ibu Sabariah menghantar telegram palsu menyatakan Sabariah dan anaknya meninggal, menyebabkan Kassim Selamat menangis sehingga buta dan hidup merempat. Pada suatu hari, dia dilayan oleh satu keluarga yang anaknya baru kehilangan suami. Ketika janda itu tidur, Kassim Selamat menyanyikan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, kepada gadis tersebut dan kepada dirinya sendiri.
"Di Mana Kan Ku Cari Ganti" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Sheila Majid | ||||
daripada album Di Mana Kan Ku Cari Ganti | ||||
Dilancarkan | 1991 | |||
Format | CD | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | - | |||
Syarikat | EMI | |||
Penulis | P. Ramlee | |||
Penerbit | Roslan Aziz | |||
Kronologi single Sheila Majid | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Di Mana Kan Ku Cari Ganti" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Liza Hanim | ||||
daripada album Di Mana Kan Ku Cari Ganti | ||||
Dilancarkan | 14 Disember 1998 | |||
Format | CD | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | - | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penulis | P. Ramlee | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan | |||
Kronologi single Liza Hanim | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Di Mana Kan Ku Cari Ganti" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, Vince Chong, Atilia Haron,Stacy, Bunkface, Ning Baizura, KRU, Shahir Zawawi,Azlan & The Typewriter, Ella & Jaclyn Victor | ||||
daripada album Astro Tribute to P. Ramlee | ||||
Dilancarkan | 4 Januari 2011 | |||
Format | CD, Airplay | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | - | |||
Syarikat | Astro | |||
Penulis | P. Ramlee | |||
Penerbit | Edry Abdul Halim | |||
Kronologi single Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, Vince Chong, Atilia Haron,Stacy, Bunkface, Ning Baizura, KRU, Shahir Zawawi,Azlan & The Typewriter, Ella & Jaclyn Victor | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Bermula dengan penyanyi Sheila Majid merakamkan semula lagu ini dengan gubahan jazz untuk album tribute khas nya kepada P. Ramlee iaitu album Lagenda pada tahun 1991, lagu ini kemudiannya sering dinyanyikan oleh generasi artis baru. Pada tahun 1998, penyanyi Liza Hanim merakamkan semula lagu ini dalam album khas Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Ia dijadikan single ketiga untuk album tersebut dan menerima pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998.
Pada tahun 2011, seramai 9 penyanyi solo dan 3 buah kumpulan bergabung suara untuk projek Astro Tribute To P. Ramlee. Mereka ialah Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, Vince Chong, Atilia Haron, Stacy, Bunkface, Ning Baizura, KRU, Shahir Zawawi, Azlan & The Typewriter, Ella dan Jaclyn Victor . Lagu versi nyanyian beramai-ramai ini dikepalai oleh Dayang dan Aizat. Ia menjadi salah sebuah lagu rakaman semula yang popular hingga memanjat anak tangga carta semasa pada awal tahun 2011. Versi A capella Azlan Abu Hassan dan Damian Mikhail juga telah dinyanyikan di youtube.
Terdahulu pada 24 Oktober 2010, Astro mengadakan konsert orkestra khas untuk mengenang P. Ramlee dan lagu ini dinyanyikan sebagai encore oleh M. Nasir, Sharifah Aini, Ella, Ning Baizura dan Jaclyn Victor.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.