Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert
From Wikipedia, the free encyclopedia
Yonder Music Live Series: Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert (juga dikenali sebagai Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert atau Dato' Siti Nurhaliza & Friends sahaja) merupakan konsert selama satu hari oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Ditaja oleh Celcom dan Yonder Music, konsert percuma itu hanya boleh didapati secara eksklusif kepada pengguna Celcom yang merupakan pelanggan aplikasi mudah alih Yonder Music. Ia telah diadakan pada 2 April 2016 dan beliau disokong dan diiringi oleh lima penyanyi Malaysia dan tiga penyanyi Indonesia. Diadakan di Stadium Negara, artis jemputan pada malam konsert itu ialah Faizal Tahir, Hafiz Suip, Jaclyn Victor, Joe Flizzow, dan SonaOne dari Malaysia dan Afgansyah Reza, Anggun, dan Cakra Khan dari Indonesia.[2][nota 1]
Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert | |
---|---|
Konsert oleh Siti Nurhaliza | |
![]() Poster promosi konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends. | |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempat | Stadium Negara |
Album berkaitan | Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II, Cindai, Safa, E.M.A.S, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati, Fragmen dan Unplugged. |
Tarikh | 2 April 2016 |
Artis jemputan | Anggun, Afgansyah Reza, Cakra Khan, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Joe Flizzow, Hafiz Suip, dan SonaOne |
Kehadiran | 7000[1] |
Kronologi konsert Siti Nurhaliza | |
|
Kebanyakan lagu-lagu yang telah dipersembahkan pada konsert itu diambil daripada himpunannya sendiri. Lagu yang dipilih telah dipersembahkan sama ada oleh Siti sendiri atau sebagai duet atau sebagai satu kumpulan dengan artis jemputan. Beliau juga mempersembahkan "duet digital" buat pertama kali bersama mendiang Whitney Houston menerusi lagu "Memories". Konsert itu merupakan satu kejayaan dengan lebih daripada 7000 hadirin yang menonton konsert beliau. Ia menerima maklum balas positif dan ulasan daripada pengulas konsert dan pengkritik yang memuji vokal Siti dan gaya persembahan secara keseluruhannya.
Beberapa hari selepas konsert itu diadakan, album konsert secara langsung boleh didapati untuk penstriman eksklusif di Yonder Music.