Transkripsi (album)
album ke-12 oleh Siti Nurhaliza / From Wikipedia, the free encyclopedia
Transkripsi ialah album studio ke-12 Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini telah terjual melebihi 80,000 unit. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.
Transkripsi | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 23 April 2006 | |||
Dirakamkan pada | Mei 2005 - Mac 2006 | |||
Genre | Pop ![]() | |||
Panjang | 58:04 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu ![]() | |||
Syarikat | Siti Nurhaliza Productions, Suria Records | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada Transkripsi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Album ini juga merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions dan album pertama beliau dimana Siti berperanan sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Album ini diiktiraf sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti Nurhaliza, kerana kepelbagaian elemen pop, rock, dan turut memuatkan lagu balada yang baik.