album ke-9 oleh Siti Nurhaliza From Wikipedia, the free encyclopedia
E.M.A.S atau Edaran Muzik Aspirasi Semasa merupakan album studio kesembilan Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 3 Mac 2003. E.M.A.S terhasil diatas pengamatan Siti mengenai peredaran arus muzik tanah air. Album ini telah terjual melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TM Net kerana Siti telah bekerjasama dengan TMnet sebagai duta produk, dan TMnet terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip di dalam E.M.A.S, termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem Laila Isabella.[2]
E.M.A.S | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 3 Mac 2003[1] | |||
Dirakamkan pada | Julai 2002 – Januari 2003 | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 44:43 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit |
| |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada E.M.A.S | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
E.M.A.S merupakan album keempat Siti Nurhaliza di mana beliau tidak menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album dan komposer, selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika (ini juga berlaku kepada Prasasti Seni). Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Aidit Alfian, dan Julfekar, serta penerbit rakaman Indonesia, Dewiq, dengan Tan Su Loke bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album. Album ini juga merupakan album kedua Siti yang menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.
Rakaman album ini dijalankan pada Julai 2002 (empat bulan selepas Siti melancarkan album Sanggar Mustika) dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Dalam album ini, Siti menyumbangkan lirik untuk lima lagunya, iaitu “Bukan Cinta Biasa”, “Ku Yakini”, “Janji Kasih”, “Sebenar Cinta” dan “Ku Milikmu”.
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Bukan Cinta Biasa" | Dewiq, Siti Nurhaliza | Dewiq, Siti Nurhaliza | 4:23 | |
2. | "Debaran Cinta" | Faridah A. Razak | Zuriani | 3:40 | |
3. | "Untuk Selamanya" | Rashid S. | Julfekar | 4:54 | |
4. | "Ku Yakini" | Siti Nurhaliza | Helen Yap | 4:58 | |
5. | "Oda Bumi Anbia" | Ad Samad | Mat S. W | 4:14 | |
6. | "Janji Kasih" | Siti Nurhaliza | Aidit Alfian | 5:00 | |
7. | "Sebenar Cinta" | Siti Nurhaliza | Ajai | 4:24 | |
8. | "Airmata Ibu" | Ad Samad, Tanty | Aiman | 4:20 | |
9. | "Ku Milikmu" | Siti Nurhaliza | Zuriani, M. Zulkifli | 3:36 | |
10. | "Di Sini Ku Berjanji" | Senibayan | Azmeer | 4:46 |
Bonus VCD | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
1. | "Intro: Siti" | |||||||||
2. | "Bukan Cinta Biasa" | Dewiq, Siti Nurhaliza | Dewiq, Siti Nurhaliza | 4:23 | ||||||
3. | "Ku Milikmu" | M. Zulkifli, Siti Nurhaliza | Zuraini | 3:36 |
Untuk mempromosikan album, empat lagunya, “Bukan Cinta Biasa, “Debaran Cinta”, “Airmata Ibu” dan “Ku Milikmu” dikeluarkan sebagai single; Siti Nurhaliza juga menyanyikan Bukan Cinta Biasa dan Ku Milikmu semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004. E.M.A.S merupakan kejayaan komersial, telah terjual melebihi 200, 000 unit di Malaysia dan 300, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan 2x platinum.[3] Siti juga mengadakan jelajah promosi selama 6 hari termasuk dijemput sebagai tetamu untuk beberapa rancangan televisyen Indonesia.[4]
E.M.A.S menerima ulasan kritis dari pengkritik muzik. Zul Husni dari Berita Harian mengulas album ini sebagai bukti kematangan Siti selepas 8 tahun melayari industri muzik.[5] Seorang pengulas dari Harian Metro memuji Siti kerana mengekalkan mutu piawai dengan memberikan yang terbaik apabila menyanyikan sebarang lagu.[6] Di dalam ulasan oleh Jad Mahidin dari Sunday Mail, beliau memberikan taraf 4 bintang untuk album ini.[7] Beliau berkata album ini amat "menarik" dari mula hingga akhir dan memuji "vokal yang memukau melalui album".[7] Suzan Ahmad dari Berita Minggu juga yakin dengan pendapat Jad dengan memuji vokal Siti di dalam album ini.[8]
Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||
2003 | 5 | 3 | - | - | ||||||
4 | 1 | - | 1 | |||||||
Untuk Selamanya |
10 | - | - | - | ||||||
1 | 1 | - | - | |||||||
Sebenar Cinta |
- | - | - | - | ||||||
4 | 8 | - | - | |||||||
Janji kasih |
6 | 12 | - | - | ||||||
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2004[10] | E.M.A.S | Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) | Menang |
Album Pop Terbaik | Menang | ||
Album Terbaik | Menang | ||
Kulit Album Terbaik | Tercalon | ||
"Bukan Cinta Biasa" | Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu | Menang | |
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2003 | "Ku Milikmu" | Lagu Pop Rock Terbaik | Tercalon |
Persembahan Terbaik | Menang | ||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.