Daerah Tenom
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tenom merupakan sebuah daerah di Bahagian Pedalaman, barat daya negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Tenom. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini termasuklah Kemabong, Melalap dan Entabuan. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Murut yang terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Timugon dan Tagol.
Fakta Segera Negara, Negeri ...
Daerah Tenom | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pedalaman |
Pusat pentadbiran | Tenom |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Tenom |
• Pegawai daerah | Mas Syazwan Masood |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,418 km2 (934 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 51,328 |
• Kepadatan | 21/km2 (55/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Nombor plat | SB SU |
Laman sesawang | https://mdtenom.sabah.gov.my/ |
Tutup