Kemabong

sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Tenom, Bahagian Pedalaman, Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia

Kemabong

Kemabong merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Tenom, Bahagian Pedalaman, Sabah.[1] Suku kaum Murut dan Lundayeh merupakan suku majoriti di Kawasan Kemabong.

Fakta Segera Transkripsi lain, Negara ...
Kemabong
Transkripsi lain
Thumb
Pintu masuk ke pekan Kemabong
Etimologi: Air pasang dalam bahasa Murut iaitu Kumabong
Thumb
Lokasi daerah Tenom merangkumi pekan dan daerah Kemabong
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahTenom
Pentadbiran
  BadanMajlis Daerah Tenom
  Penolong Pegawai DaerahJasli Tindi
  DUNYang Berhormat Tuan Rubin Balang (GRS-GAGASAN) (Kemabong)
Keluasan
  Jumlah1,182 km2 (456 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
  Jumlah266
 Populasi di sekitar Kemabong.
Zon waktuMST
Poskod
89900
Kod kawasan087
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/pd.kmb
Tutup

Etimologi

Asal-usul Kemabong

Menurut sumber dipercayai nama Kemabong diambil daripada bahasa suku kaum Murut iaitu air pasang atau naik disebut sebgai KUMABONG.[2] Versi kedua pula diambil daripada bahasa kaum Murut iaitu KEMBONG atau BENGKAK disebut KUMABUNG. Perkataan KUMABONG telah dijadikan sebagai KEMABONG sehingga hari ini.[2]

Sejarah

Terdapat dua versi yang agak popular mengenai asal-usul nama KEMABONG.

Pertama, mengikut cerita lisan, terdapat sebuah anak sungai kecil yang terleteak di kawasan persekitaran Pekan Kemabong yang mengailir terus ke Sungai Padas. Penduduk kawasan persekitaran mendapati air sungai tersebut naik seperti air pasang walaupun tiada hujan turun. Peristiwa kenaikan paras air sungai tersebut menimbulkan kehairanan dan tanda tanya dikalangan penduduk tersebut. Menurut kepercayaan mereka, berkemungkinan didalam sungai tersebut terdapat makhluk atau binatang iaitu seekor ular besar atau naga yang sedang bertapa di dasar sungai tersebut sehingga menyebabkan paras air sunga tersebut naik.[2]

Dalam bahasa suku kaum Murut, air pasang atau naik disebut sebgai KUMABONG. Dikaitkan dengan paras air sungai yang naik atau "kumabong", maka kawasan ini dinamakan sebagai KUMABONG atau yang lebih dikenali sekarang sebagai KEMABONG.[2]

Versi kedua pula KUMABONG menurut cerita dari keturunan peniaga Tiong Hwa yang datang ke Kemabong pada tahun 1918, nama Kemabong diambil dari nama sebuah anak sungai kecil yang bermuara di Sungai Padas. Sungai itu sangat ditakuti kerana jika terminum air atau terlangkah sungai itu perut akan menjadi kembong dan kaki akan membengkak.[2]

Di dalam bahasa Murut. KEMBONG atau BENGKAK disebut KUMABUNG. Dari perkataan KUMABONG inilah yang akhirnya pada hari ini disebut sebagai KEMABONG.[2] Sungai Kemabung yang dirujuk didalam cerita di atas masih wujud sehingga kini, tetapi ianya tidak lagi menyimpan misteri atau kuasa untuk mendatangkan kecelakaan.[2]

Demografi penduduk

Etnik

Jumlah penduduk sekitar Kemabong

Berdasarkan statistik penduduk pada tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar Kemabong seramai 266 dan sebilangan besar daripada etnik suku kaum Murut dan Lundayeh di Kawasan Kemabong. Pembancian akan dilaksanakan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[3]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Kemabong pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Maklumat lanjut Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010, Tahun ...
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[4]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 5 4 - 234 17 4 - - 2 266
2020 (Akan Datang)
Tutup

Jantina

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Kemabong pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Maklumat lanjut Jantina, Tahun ...
Jantina[4]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 128 138 266
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.