Daerah Kecil Sadong Jaya
Daerah Kecil di Sarawak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Daerah Kecil di Sarawak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Daerah Kecil Sadong Jaya ialah sebuah daerah kecil di wilayah Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya.[1] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Sadong Jaya (Jawi: سادوڠ جاي). Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Asajaya.[2] Daerah Kecil Sadong Jaya pernah dikenali sebagai "Pendam" dan daerah perikanan di negeri Sarawak.
Daerah Kecil Sadong Jaya داءيره كچيل سادوڠ جاي | |
---|---|
Koordinat: 1°31′30″N 110°41′30″E | |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Samarahan |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya |
Keluasan | |
• Jumlah | 332.48 km2 (128.37 batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Sebelum ini, ia terletak di bawah pentadbiran Daerah Simunjan, tetapi pada tahun 2002, ia berpisah dan bergbaung dengan Daerah Asajaya.[3] Ekonomi utama penduduk setempatan ialah pertanian. Ia memiliki keluasan sebanyak 332.48 kilometer persegi (128.37 bt2) dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Terdapat 24 kampung atau rumah panjang di bawah Daerah Kecil Sadong Jaya.[2] Geografinya terletak di Batang Sadong dan sentiasa terdedah kepada banjir seperti banjir kilat dan banjir monsun. Ia dihubungkan dengan pengangkutan darat seperti kemudahan jalan raya serta pengangkutan air seperti perkhidmatan feri.
Nama "Sadong Jaya" diambil daripada dua perkataan yang digabungkan. Sadong merujuk kepada sebatang sungai mengalir disitu yakni, Batang Sadong. Istilah jaya merujuk kepada "kejayaan".[3]
Sebelum di bawah pentadbiran Daerah Asajaya, Sadong Jaya terletak di bawah Daerah Simunjan. Mulai 1 Januari 2002, Sadong Jaya sepenuhnya dipisahkan daripada Simunjan dan bergabung dalam Daerah Asajaya sebagai daerah kecil.[3] Daerah Kecil Sadong Jaya dihubungkan dengan jalan darat dan sungai. Jarak Sadong Jaya ke Asajaya ialah 15 kilometer (9.3 bt) dan 75 kilometer (46.6 bt) dari Kuching, ibu negeri Sarawak dengan menggunakan perkhidmatan feri.[4]
Mengikut cerita pemimpin masyarakat di Sadong Jaya, pernah berlaku peristiwa bersejarah iaitu apabila kapal Syarif Masahor dan pengikutnya telah ditenggelamkan akibat diserang oleh penjajah ketika itu, sebelum mereka melarikan diri dari Ensengei (kawasan Simunjan) ke Lingga. Peristiwa ini telah berlaku di muara Sungai Pendam.[3]
Kebanyakan penduduk masih tergantung pada sektor pertanian sebagai punca pendapatan. Kegiatan pertanian berskala besar terutamanya penanaman kelapa sawit diusahakan di Sadong Jaya dengan kerjasama pihak FELCRA yang memainkan peranan utama.[3] Ladang kelapa sawit yang dibuka ini telah memberi peluang pekerjaan kapada belia dan penduduk setempat yang melibatkan penduduk di lima kawasan iaitu Kampung Sungai Buluh, Kampung Senangeh, Kampung Terasi, Sadong Jaya dan Kampung Jemukan dengan keluasan tanaman seluas 864.32 hektar (8.6 km2) dan projek penanaman ini akan diluaskan di beberapa lagi tempat akan datang.[3]
Daerah Kecil Sadong Jaya dahulunya dikenali sebagai "Pendam" yang kini tinggal sejarah. Perkataan "pendam" itu tidak bergitu sesuai didengar di kalangan masyarakat setempat, maka pada 4 Ogos tahun 1985, Datuk Patinggi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengisytiharkan bahawa nama "Pendam" ditukar kepada "Sadong Jaya". Pengisytiharan itu diumumkan beliau sendiri di Majlis Bertemu Rakyat yang bertempat di Madrasah Abdul Taib Mahmud.[3]
Daerah kecil Sadong Jaya terletak di Batang Sadong atau Sungai Sadong. Sadong Jaya merupakan lokasi geografi yang unik kerana sentiasa terdedah kepada banjir kilat dan banjir monsun.[5] Hal ini demikian, Sadong Jaya merupakan salah satu daerah perikanan daripada 15 daerah lainnya di negeri Sarawak.[6] Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di dalam kawasan ini ialah Batang Sadong yang mengalir keluar ke Laut China Selatan.[1]
Populasi penduduk di Daerah Kecil Sadong Jaya
• Pekan Sadong Jaya
• Jemukan
• Kampung Terasi
Kawasan Sadong Jaya keseluruhannya ditadbirkan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang bertapak di Pekan Sadong Jaya. Daerah Kecil Sadong Jaya yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Iban, Cina, Bugis, Jawa dan lain-lain. Terdapat 24 buah kampung atau rumah panjang dibawah pentadbiran kerajaan tempatan.[3] Diantaranya ialah Kampung Semera Lot, Kampung Semera Laut, Kampung Semera Hilir, Kampung Ulu Semera, Kampung Semera Cina, Kampung Jemukan, Kampung Jemukan Ulu, Kampung Pelandok Laut, Kampung Pelandok Ulu, Kampung Iboi, Kampung Iboi Ulu, Kampung Jaie, Pekan Sadong Jaya, Ulu Sadong Jaya, Sadong Jaya, Kampung Bilis, Kampung Rangawan, Kampung Tanjung Kelaso, Kampung Rangkang, Kampung Sungai Putin, Kampung Senangeh, Kampung Sungai Bundong, Kampung Sungai Buluh, Kampung Terasi Hulu dan Kampung Terasi Iban.[2]
Kemudahan seperti jalan raya yang menghubungkan Sadong Jaya ke Sungai Buluh sepanjang 11.7 kilometer (7.3 bt) dengan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 215 juta dan siap dibina dalam tahun 1999. Rangkaian jalan raya ini meliputi kawasan perkampungan seperti Sungai Bundong, Sungai Buluh, Rangawan, Senangeh, Terasi Ulu, Terasi Iban, Sungai Putin, Bilis dan Tajong Kelaso/Rangkang banyak memberi manfaat kepada semua penduduk terutama dari segi pemasaran hasil tani. Di Sadong Jaya juga terdapat perkhidmatan feri di Sungai Buluh, perkidmatan kesihatan di tiga buah cawangan klinik kesihatan di Sadong Jaya, Jemukan dan Semera dan pusat beribadah masyarakat setempat.
Fungsi petempatan luar bandar ini juga sebagai pekan pendidikan yang menawarkan pendidikan sekolah rendah hingga sekolah menengah. Berdasarkan data dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berikut ialah senarai sekolah di Daerah Kecil Sadong Jaya pada tahun 2020 berserta kod sekolah, lokasi dan jumlah pelajar.[7][8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.