![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bd/Cut_Nyak_Dhien_portrait.jpg/640px-Cut_Nyak_Dhien_portrait.jpg&w=640&q=50)
Cut Nyak Dhien
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cut Nyak Dhien (1848 - 6 November 1908)[1] adalah seorang pahlawan Indonesia dari Aceh yang berjuang menentang penjajahan Belanda.
Cut Nyak Dhien | |
---|---|
![]() Cut Nyak Dhien, digambarkan pada siri 1998 nota bank 10,000 rupiah | |
Kelahiran | 1848 |
Meninggal dunia | 6 November 1908 (berumur 59ā60) Soemedang, Hindia Timur Belanda |
Terkenal kerana | Pahlawan Nasional |
Pasangan | Ibrahim Lamnga, Teuku Umar |
Anak-anak | Cut Gambang |
Dilahirkan dari keluarga bangsawan di Lampadang, Indonesia yang taat beragama. Ayahnya yang bernama Teuku Nanta Seutia, adalah daripada keturunan Panglima Nanta, keturunan daripada Sultan Aceh. Beliau dinikahkan dengan Teuku Ibrahim Lamnga oleh ibu bapanya pada tahun 1862 dan dikurniakan seorang anak. Ketika perang Aceh meletus pada tahun 1873, Teuku Ibrahim Lamnga aktif berjuang di garisan depan. Pada satu pertempuran di Sela Glee Tarun, Teuku Ibrahim Lamnga gugur.
Pada tahun 1878, Cut Nyak Dhien menikah kembali dengan Teuku Umar. Dalam perjuangannya, Teuku Umar pernah melakukan Sandiwara Besar dengan menyatakan sumpah setia kepada Belanda. Setelah mendapat pelbagai kemudahan, Teuku Umar kembali berbalik melawan Belanda. Teuku Umar gugur saat terjadi serangan ke Meulaboh pada tanggal 11 Februari 1899. Selepas pemergian Teuku Umar, Cut Nyak Dhien memimpin terus perlawanan terhadap Belanda.[2]