Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cencurut Rumah (Jawi: چنچوروت رومه; bahasa Inggeris: House Shrew) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Suncus murinus. [1]
Cencurut Rumah | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | Soricomorpha |
Keluarga: | Soricidae |
Genus: | Suncus |
Spesies: | S. murinus |
Nama binomial | |
Suncus murinus (Linnaeus, 1766) | |
Taburan Cencurut Rumah (biru— asal, merah— diperkenalkan) |
Cencurut Rumah boleh didapati di Malaysia.
Cencurut Rumah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Insectivora, tergolong dalam keluarga :Soricidae. Cencurut Rumah adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Cencurut Rumah terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Haiwan kecil yang tngkas dan ribut. Panjang kepala dan tubuh 92–146 mm, ekor 46–86 mm.[2]
Tubuh berwarna seragam, abu-abu kebiruan dan keperangan. Ekornya gemuk, terutama di pangkalnya, dan meruncing di pangkal; perang kekelabuan atau kehitaman, dengan bulu yang jarang dan kasar.
Seperti namanya, hewan ini adalah salah satu jenis mamalia kecil yang paling sering ditemui di sekitar rumah terutama di pedesaan.[3] Namun ia sering pula didapati di hutan, khususnya hutan-hutan sekunder.
Di Negros, Filipina, celurut rumah ditemukan mulai dari dekat laut hingga ketinggian 1,650 m dari aras laut.[4]
Celurut rumah memiliki variasi yang cukup tinggi dalam ukuran dan warna, sehingga banyak yang diusulkan sebagai subspesies atau bahkan spesies yang lain. Sejauh ini belum ada revisi yang komprehensif untuk merisalah kembali spesies ini.[3]
Untuk sementara beberapa subspesies yang jelas terbedakan, di antaranya adalah:[3]
Mamalia ini bersifat komensal menumpang hidup pada aktivitas dan lingkungan peradaban manusia untuk berbiak dan menyebar luas. Celurut rumah sering terlihat di sekitar dapur atau tempat sampah, memakan remah-remah makanan yang tercecer atau memburu serangga semacam kecoak dan sebangsanya.
Celurut bersarang di sudut-sudut gudang yang terabai atau sela-sela tumpukan barang yang jarang dibongkar . Betinanya ini rata-rata beranak dua kali setahun secara rawak, setiap kal melahirkan hingga 5 ekor anak (rata-rata 3 ekor).[5] Ketika berpindah sarang, anak-anak celurut biasa berbaris mengikuti induknya mengigit ekor seekor demi seekor sehingga seekor anak menggigit ekor induknya .[5]
Cencurut rumah boleh dianggap sebagai haiwan yang berguna kepada manusia kerana ia merupakan insektivora yang memakan beraneka serangga perosak serta menghalau tikus liar.[5] Malangnya ia kerap dibunuh kerana disalah cam sebagai tikus, diburukkan lagi dengan keadaan dicurigai sebagai vektor penyakit leptospirosis.[3]
Celurut rumah juga dapat digunakan sebagai haiwan ujian di makmal.[6]
Sebagai mamalia, Cencurut Rumah berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Cencurut Rumah akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.