genus mamalia From Wikipedia, the free encyclopedia
Biswamoyopterus ialah genus rodensia dalam keluarga Sciuridae. Ia mengandungi tiga spesies tupai terbang yang sangat besar diketahui, dengan B. laoensis menjadi antara yang terpanjang daripada semua tupai. Ia tersebar di hutan-hutan di timur laut India, barat daya China, dan Laos. Sungguhpun saiznya besar, spesies dalam genus ini cenderung sukar ditemukan; oleh itu, kesemuanya digambarkan agak baru. Malah, 2 daripada 3 spesies diketahui hanya daripada satu spesimen.[2][3][4][5]
Biswamoyopterus | |
---|---|
Spesimen Biswamoyopterus biswasi, dilihat dari atas dan bawah | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Rodentia |
Keluarga: | Sciuridae |
Tribus: | Pteromyini |
Genus: | Biswamoyopterus Saha, 1981[1] |
Spesies jenis | |
Biswamoyopterus biswasi | |
Spesies | |
| |
Julat spesies Biswamoyopterus |
Selain itu, ia mudah dikelirukan dengan tupai terbang raksasa Petaurista yang lebih biasa ditemui dan bertindih julatnya dengan Biswamoyopterus yang langka.[6]
Terdapat tiga spesies diketahui dalam genus ini kini:
Kajian terkini mencadangkan bahawa tiga spesies diketahui ini sebenarnya hanya satu spesies. Ia berdasarkan perbandingan morfologinya, di mana tiga spesies ini berkongsi morfologi yang hampir mirip.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.