Bendera Hong Kong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Hong Kong memiliki reka bentuk sebidang merah dengan sekuntum bunga kalimambang Hongkong (Bauhinia blakeana) berwarna putih dengan lima kelopak yang digambarkan dengan sentuhan yang berseni. Reka bentuk bendera ditetapkan oleh pemerintah Republik Rakyat China sewaktu mengambil alih jajahan Hong Kong pada 1 Julai 1997.
Fakta Segera Kegunaan, Nisbah ...
Kegunaan | Bendera awam dan negara, panji-panji awam dan negara |
---|---|
Nisbah | 2:3 |
Diterima pakai | Diluluskan pada 4 April 1990 oleh Kongres Rakyat Kebangsaan; dikibarkan buat julung kali pada 1 Julai 1997; 26 tahun yang lalu (1997-07-01) |
Rekaan | Sekuntum bunga Bauhinia blakeana lima kelopak putih yang digayakan di tengah-tengah sebuah lapangan merah. |
Direka oleh | Tao Ho |
Tutup
Hong Kong sebelumnya menggunakan bendera kolonial yang dipakai antara 27 Julai 1959 sehingga 1 Julai 1997.