Sepal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sepal (daripada bahasa Latin sepalum daripada bahasa Yunani σκεπηcode: el is deprecated sképē "penutup/pembalut")[1][2] atau kelopak[3] ialah sebahagian daripada bunga angiosperma. Ia biasanya berwarna hijau. Sepal atau kelopak yang banyak membentuk kaliks (daripada bahasa Latin calyx,[4] berasal daripada bahasa Yunani καλυξcode: el is deprecated "kuntum", "sekam" atau "balutan", daripada bahasa Sanskrit kalika "kuntum"[5]) atau salut bunga[6] dengan bahagian pusaran paling luar membentuk sebuah bunga.
Sepal atau kelopak lazimnya berfungsi melindungi bunga dalam kuntum, dan selalunya mempunyai fungsi menyokong ranggi apabila mekar.[7] Selepas berbunga, salut ini tidak berguna lagi lalu layu atau menjadi sisa. Sesetengah tumbuhan mengekalkan kaliks berduri yang kering atau pun hidup sebagai perlindungan terhadap buah atau benihnya.