Banchan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Banchan (Hangul: 반찬code: ko is deprecated ; Hanja: 飯饌code: ko is deprecated ; juga dieja panch'an) merujuk kepada hidangan sampingan kecil atau lauk yang disaji bersama nasi dalam masakan Korea. Lazimnya di atas meja akan terdapat juadah lengkap yang dinamakan bansang (반상) yang selalunya mengandungi bap (밥, nasi), guk atau tang (sup), gochujang atau ganjang, jjigae, dan kimchi. Menurut bilangan banchan yang ditambah, susunan meja dipanggil 3 cheop (삼첩), 5 cheop (오첩), 7 cheop (칠첩), 9 cheop (구첩), 12 cheop (십이첩) bansang, dengan 12 cheop lazimnya untuk santapan diraja.[1]
Hangul | 반찬code: ko is deprecated |
---|---|
Hanja | 飯饌code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | banchan |
McCune–Reischauer | panch'an |
Banchan diletakkan ditengah-tengah meja untuk dikongsi. Di tengah-tengah meja tersebut ialah sajian utama sekunder, galbi atau bulgogi, dengan seperiuk jjigae yang dikongsi. Mangkuk nasi dan guk (sup) diletakkan untuk setiap individu. Banchan dihidang dalam saiz yang kecil, yang bertujuan untuk dihabiskan setiap kali makan dan hanya ditambah jika tidak cukup. Lazimnya, semakin formal hidangan tersebut, semakin banyak banchan disajikan. Wilayah Jeolla terutamanya memang terkenal dengan menyedikan pelbagai banchan dalam suatu juadah lengkap.[2]