Bali ialah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di bahagian barat Kepulauan Nusa Tenggara dan beribu negeri di Denpasar. Pulau Bali, yang merupakan pulau terbesar di Provinsi Bali, memiliki beberapa gelaran, seperti Pulau Dewata dan Pulau Seribu Pura.[1] Di awal kemerdekaan Indonesia, pulau ini termasuk dalam Provinsi Sunda Kecil yang beribu negeri di Singaraja. Kini ia terbahagi menjadi 3 provinsi, iaitu Bali, Nusa Tenggara Barat, dan Nusa Tenggara Timur.[2][3] Pada tahun 2020, penduduk provinsi Bali berjumlah 4.317.404 orang, dengan kepadatan 747 orang/km2, dan pada akhir 2023 berjumlah 4.344.554 orang.[4][5]

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bali

Selain terdiri dari pulau Bali, provinsi Bali juga terdiri daripada pulau-pulau lebih kecil di sekitarnya, iaitu pulau Nusa Penida, pulau Nusa Lembongan, pulau Nusa Ceningan, Pulau Serangan, dan Pulau Menjangan. Secara geografi, Bali terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Majoriti penduduk Bali ialah penganut Hindu.[5] Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia.

Geografi

Pulau Bali yang merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.

Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. Gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.

Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.

Sejarah

Penghuni-penghuni pertama di pulau Bali dipercayai merupakan penghijrah-penghijrah dari Asia yang datang pada 2500 SM. Zaman prasejarah kemudian berakhir dengan kedatangan orang-orang Hindu dari India pada 100 SM.

Pada zaman kerajaan Majapahit, hampir seluruh nusantara beragama Hindu. Namun seiring dengan datangnya Islam, berdirilah kerajaan Islam di nusantara yang menyebabkan keruntuhan Majapahit sekitar tahun 1500. Kebanyakan orang Hindu datang dari Pulau Jawa.

Penjelajah Eropah pertama yang menemui Bali ialah Cornelis de Houtman dari Belanda pada 1597. Melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie), Belanda kemudian menjajah Bali, dan mencetuskan perang yang melibatkan seluruh rakyat, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk rajanya.

Sejak penubuhan Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian negara tersebut.

Agama

Agama lainnya termasuk Islam

Pemerintahan

Daftar Daerah Tingkat II di Bali

  1. Badung
  2. Bangli
  3. Buleleng
  4. Denpasar, ibu kota
  5. Gianyar
  6. Jembrana
  7. Karangasem
  8. Klungkung
  9. Tabanan
Thumb
Sistem irigasi Subak di Bali

Gabenor


Maklumat lanjut No., Tempoh ...
No. Tempoh Nama Gabenor
1 1950 - 1958 Anak Agung Bagus Sutedja
2 1958 - 1959 I Gusti Bagus Oka
3 1959 - 1965 Anak Agung Bagus Sutedja
4 1965 - 1967 St. I Gusti Putu Martha
5 1967 - 1978 Soekarmen
6 1978 - 1988 Ida Bagus Mantra
7 1988 - 1993 Ida Bagus Oka
8 1993 - 1998 Ida Bagus Oka
9 1998 - 2003 Dewa Made Beratha
10 2003 - 2008 Dewa Made Beratha
Tutup

Lihat juga

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.