Anjing penuding, kadang-kadang dipanggil anjing burung, ialah sejenis gundog yang biasanya digunakan dalam pencarian buruan.[1][2] Gundog dibahagikan secara tradisional kepada tiga kelas: anjing pengutip, anjing penggarah, dan anjing penuding.[3] Nama "anjing penuding" berasal daripada naluri anjing ini untuk "menuding", dengan berhenti dan menghalakan muncungnya ke arah buruan. Ini menunjukkan lokasi buruannya kepada pemburu dan membolehkan mereka bergerak ke dalam jarak tembakan. Anjing penuding dibiakbakakan secara terpilih daripada anjing yang mempunyai banyak naluri penudingan dan penyokongan. Ia biasanya mula memperoleh naluri perburuannya pada usia kira-kira 2 bulan.[4][5]

Thumb
Seekor anjing penuding Hungary yang menuding

Sejarah

Thumb
Anjing penuding semasa saat penggarahan

Anjing penuding mungkin telah diturunkan daripada anjing dari Sepanyol, khususnya daripada anjing penuding lama Sepanyol (Furgus, 2002). Anjing penuding pada asalnya digunakan oleh pemburu yang menjaring buruan. Anjing membeku atau menge-set (seperti dalam seter, setter) dan membolehkan pemburu melemparkan jaring ke atas buruan sebelum ia menggarah. Anjing penggarah pula kerap digunakan oleh falkoner untuk menggarah buruan untuk burung pemangsa. Kebanyakan baka anjing penuding benua Eropah dikelaskan sebagai baka gundog serba guna atau kadang-kadang baka HPR (untuk hunt, point, retrieve, "memburu, menuding, dan mengutip"). Pembezaan ini dilakukan kerana baka serba guna dikembangkan untuk menemukan dan menuding buruan sebagaimana yang dilakukan oleh semua baka anjing penuding, namun juga dibiakbakakan untuk melaksanakan tugas perburuan lain juga. Pembezaan ini berkemungkinan timbul kerana sementara orang British mengembangkan baka yang pakar dalam tugas seperti penudingan, penggarahan, dan pengutipan dari darat atau dari dalam air, di Benua Eropah, anjing sama dilatih untuk dapat melaksanakan setiap tugas ini (walaupun kurang berkesan). North American Versatile Hunting Dog Association ("Persatuan Anjing Pemburu Serba Guna Amerika Utara") mentakrifkan keserbagunaan sebagai "anjing yang dibiakbakakan dan dilatih untuk memburu dan menuding buruan secara bebas, untuk mengutip di darat dan di dalam air, dan untuk menjejak haiwan tercedera di darat dan di dalam air". Sebagai contoh, anjing penuding berbulu pendek Jerman kerap digunakan untuk mengutip burung, iaitu pemburuan itik, manakala jangkaan agar anjing penuding Inggeris melakukan perkara sama adalah kurang lazim. Tidak seperti baka anjing penuding dan seter tulen, banyak anjing serba guna dibiakbakakan untuk bekerja di dalam semak tebal dan secara tradisional mempunyai ekor terpotong.[5]

Westminster Kennel Club ditubuhkan pada awal 1870-an dan import Inggeris awal kelab itu, "Sensation", masih digunakan sebagai logo kelab.[6]

Penampilan

Anjing penuding terdapat dengan semua keragaman lapis bulu, daripada anjing berbulu pendek, kepada anjing berbulu dawai, kepada seter berbulu sutera. Kebanyakan baka cenderung untuk mempunyai suatu jenis tompok pada tubuhnya, sama ada kecil dan bulat, atau berbentuk bujur besar.

Baka

Thumb
Seekor pudelpointer dalam pendirian menuding

Anjing penuding (dan seter) termasuk baka-baka berikut:

Baka-baka berikut juga dianggap sebagai anjing pemburu serba guna:

Lihat juga

  • Senarai baka anjing
  • Anjing penuding lama Sepanyol, baka anjing pupus yang dipercayai sebagai baka anjing penuding pertama

Kutipan

Bibliografi umum

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.