Anjing Weimar, weimaraner,[lower-alpha 1] atau anjing penuding Weimar[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing pemburu bersaiz sederhana hingga besar dengan sejarah yang sekurang-kurangnya seawal abad kesembilan belas.[4]

Fakta Segera Nama lain, Nama ringkas ...
Anjing Weimar
Thumb
Betina berbulu pendek, berusia dua tahun
Nama lainWeimaraner
Anjing penuding Weimar
Nama ringkasRaner
Weim
"Grey Ghost"
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)[1][2]
Betina 25–35 kg (55–77 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 59–70 cm (23–28 in)[1][2]
Betina 57–65 cm (22–26 in)[1][2]
Jangka hayat 11–14 tahun[3]
Anjing (Canis lupus familiaris)
Tutup

Ia berasal dari kawasan bandar raya Weimar (pada masa itu di Saxe-Weimar-Eisenach, kini di negeri Thüringen), yang sempenanya ia dinamai.[5] Ia diiktiraf sebagai baka pada tahun 1891. Ia merupakan gundog serba guna yang bercirikan kelajuan dan staminanya, hidung dan mata bagusnya, dan keberanian dan kecerdasannya;[6] di Jerman, ia tidak dianggap sesuai untuk pembelaan sebagai anjing teman.[5]

Sejarah

Banyak teori tentang asal usul anjing Weimar telah dikemukan, tetapi terdapat sedikit fakta bersejarah berdokumen; anjing kelabu perak ditunjukkan dalam lukisan oleh Antoon van Dyck pada abad ketujuh belas dan oleh Jean-Baptiste Oudry pada abad kelapan belas.[7]:543[5] Baka ini dipercayai telah berasal dari kawasan bandar raya Weimar (pada masa itu di Saxe-Weimar-Eisenach, kini di negeri Thüringen) – bandar raya yang sempenanya namanya diterbitkan.[7]:543[5] Anjing ini kadang-kadang didakwa dibela di pekarangan istana Karl August, Großherzog Saxe-Weimar-Eisenach, pada awal abad kesembilan belas.[1][2]

Mulai tahun 1879, anjing ini dianggap sebagai varian biru bagi anjing penuding berbulu pendek Jerman dan layak untuk pendaftaran dalam buku pembaka Kurzhaar Klub.[7]:545 Ia pertama kali muncul dalam pertunjukan anjing pada tahun 1880, apabila empat belas contoh dipersembahkan di Berlin. Contoh-contoh ini tergolong dalam tiga jenis berlainan, daripada tiga buah kenel berlainan: Thüringer Hund ("anjing Thüringen") yang tradisional; Weißenfelser Hund ("anjing Weißenfels"), yang agak lebih anggun; dan Sanderslebener ("[anjing] Sandersleben"), yang merupakan perantaraan antara kedua-duanya.[7]:545 Anjing Weimar diiktiraf sebagai baka tersendiri pada tahun 1891.[5] Piawaian baka dirangka pada tahun 1896 dan, pada tahun 1897, sebuah persatuan baka diasaskan di Erfurt dengan nama Verein zur Reinzucht des silbergrauen Weimaraner-Vorstehhund ("Persatuan untuk Pembiakbakaan Tulen Anjing Penuding Weimar Kelabu Perak"); ini tidak lama kemudian diubah kepada Verein zur Züchtung des Weimaraner Vorstehhundes ("Persatuan untuk Pembiakbakaan Anjing Penuding Weimar").[7]:545[8]

Pada tahun-tahun awal abad kedua puluh – tempoh Perang Besar – anjing Weimar menghampiri kepupusan; ia dibentuk semula daripada segelintir contoh tersisa daripada baka ini.[7]:545[9]:237

Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[10]

Dalam lima belas tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2021, bilangan pendaftaran baharu tahunan di Jerman berpurata pada sekitar 485, dengan angka terendah sebanyak 390 dan angka tertinggi sebanyak 607.[11]

Ciri

Thumb
Betina berbulu panjang

Anjing Weimar bersaiz sederhana hingga besar: jantan berdiri setinggi sekitar 59–70 cm (23–28 in) pada paras kelasa, manakala betina pula kira-kira setinggi 57–65 cm (22–26 in); berat berkisar dalam lingkungan 30–40 kg (66–88 lb) untuk jantan dan 25–35 kg (55–77 lb) untuk betina.[1][2][12]

Lapis bulu mungkin pendek atau panjang; lapis bulu ganda sederhana panjang kadang-kadang terlihat.[1][2] Lapis bulu mungkin berwarna kelabu mencit, kelabu rusa, atau kelabu perak dengan pelbagai cahaya warna, atau berwarna perantaraan bagi warna-warna tersebut; tanda-tanda putih kecil pada kaki dan dada ditoleransi.[1][2] Matanya berwarna ambar, daripada pucat hingga gelap; telinganya tergantung, dengan hujung membulat.[1][2]

Antara penyakit saraf yang berkaitan dengan anjing Weimar merupakan hipoplasia serebelum, hipomielinogenesis, dan disrafisme spina.[13]:6 Penyakit atau kecacatan lain yang terhadapnya ia mempunyai predisposisi genetik atau statistik termasuk distrofi kornea, distikiasis, entropion, pembokongan rawan membran kelipan, demodikosis menyeluruh, sindrom poket kantal medial, pengulseran kornea refraktori, dan pembalikan jantina XX,[14]:153 dan juga – pada anjing jantan sahaja – disfungsi neutrofil anjing Weimar,[15]:928 pododermatitis, dan displasia trikuspid.[14]:153

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat median sebanyak 12.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[16]

Kegunaan

Anjing Weimar ialah anjing pemburu serba guna dan dapat digunakan untuk menjejak, menuding, menggarah, atau mengutip burung atau buruan lain.[6] Pendaftaran tertakluk kepada kejayaan dalam ujian kerja.[1][2] Di Jerman, ia tidak dianggap sesuai untuk pembelaan sebagai anjing teman. Menurut kelab baka, ia "... pada dasarnya sesuai pada tangan pemburu kerana perkembangannya dan ciri-cirinya ... Ia bukan anjing teman, tetapi sebaliknya anjing pemburu sesungguhnya. Oleh yang demikian, ia memerlukan kerja dalam perburuan amali untuk memulihara sifat seimbangnya";[lower-alpha 3] anak anjing ditempatkan terutamanya dengan pemburu.[5]

Catatan

  1. Jawi: انجيڠ وايمر;وايمارانر; Jerman: Weimaraner; /ˈvmərɑːnər/
  2. Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ وايمر; Jerman: Weimaraner Vorstehhund
  3. "Es ist einleuchtend, dass der Weimaraner auf Grund seiner Entwicklung und seiner Eigenschaften grundsätzlich in Jägerhände gehört. ... Er ist kein Begleithund, sondern ein Jagdhund durch und durch. Als solcher benötigt er Arbeit im praktischen Jagdbetrieb, um sein ausgeglichenes Wesen zu bewahren"

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.