baka anjing dari Perancis From Wikipedia, the free encyclopedia
Anjing penuding Ariège[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing pemburu Perancis daripada jenis penuding. Ia berasal dari département Ariège di Occitanie, di Perancis barat daya.
Negara asal | Perancis | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||
| |||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Jenis anjing yang digunakan oleh para pemburu di département Ariège di Occitanie dikatakan diturunkan daripada anjing yang merupakan silangan antara anjing penuding Burgos dengan anjing penuding Itali.[1]
Populasi berkurangan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua[2][3] dan, pada tahun 1990, sepasukan pembiak baka berkeputusan untuk membaktikan diri mereka kepada kemandirian anjing penuding Ariège, khususnya Alain Deteix. Beliau mengetuai pasukan pembiak baka itu dan membaktikan diri untuk menghidupkan baka ini semula.[4]
Ia sangat sesuai untuk memburu kelinci liar dan partridge.[4]
Anjing penuding Ariège ialah anjing berperkadaran normal dengan telinga labuh. Ekornya secara tradisional terpotong. Lapis bulunya pendek dan kebanyakannya putih, berbintik-bintik dengan tompok besar dengan warna yang diperihalkan sebagai jingga, hati, atau perang berangan pada kepala dan telinga. Saiznya ialah kira-kira 60–67 sentimeter (24–26 in) untuk ketinggian pada paras kelasa. Anjing baka ini patut kelihatan berkuasa namun tanpa rasa berat berlebihan, tegap, dan kuat.[2][3] Ia cepat, bertenaga, dan sangat berdikari, dan, oleh itu, memerlukan latihan dan aktiviti kerap.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.