Bahasa Ibrani Samaria
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ibrani Samaria (ࠏࠨࠁࠬࠓࠪࠉࠕ ʿÎbrit) ialah dialek Ibrani Purba yang digunakan sebagai bahasa ibadat oleh orang Samaria dan salah satu qiraat yang digunakan untuk membaca Pentateukh Samaria, berbeza dengan Ibrani Tabariyah yang digunakan oleh orang Yahudi.
Bahasa Ibrani Samaria | |
---|---|
ࠏࠁࠓࠉࠕcode: smp is deprecated Îbrit | |
Kawasan | Israel dan wilayah Palestin, tertumpu di Nablus dan Holon |
Pupus | s. abad ke-2e18 hidup sebagai bahasa ibadat |
Afro-Asia
| |
Abjad Samaria | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | smp |
Glottolog | sama1313 |
Linguasphere | 12-AAB |
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA. |
Bagi orang Samaria, Ibrani Purba telah berhenti menjadi bahasa percakapan dan digantikan dengan bahasa Aram Samaria, yang kemudiannya tidak lagi menjadi bahasa pertuturan sekitar abad ke-10 dan ke-12 kerana digantikan dengan bahasa Arab (atau lebih khususnya bahasa Arab Palestin Samaria).
Fonologi bahasa Ibrani Samaria mirip bahasa Arab Samaria, dan digunakan oleh orang Samaria dalam ibadat.[1] Kini, orang Samaria sama ada bertutur dalam bahasa Ibrani Israel Moden atau Arab Palestin, bergantung pada tempat tinggal mereka—di Holon (Israel) atau di Shechem (Nablus, di Kawasan A Palestin).