Bahasa pupus
bahasa yang sudah tidak mempunyai penutur jati / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa pupus ialah bahasa yang tidak lagi mempunyai sebarang penutur,[1] terutamanya jika bahasa itu tidak mempunyai turunan bahasa yang mewarisinya.[2] Manakala bahasa mati ialah bahasa yang bukan lagi bahasa ibunda kepada mana-mana komuniti penutur, walaupun ia masih digunakan, contohnya seperti bahasa Latin.[3] Bahasa terpendam ialah bahasa mati yang masih berfungsi sebagai lambang identiti etnik sesuatu kelompok. Bahasa-bahasa ini sering mengalami proses penggiatan semula.[4] Bahasa-bahasa yang pada masa ini mempunyai penutur asli yang masih hidup kadangkala dipanggil sebagai bahasa moden untuk membezakannya dengan bahasa mati, terutamanya dalam konteks pendidikan.
Status Ancaman Bahasa | |
---|---|
Pupus (EX) | |
|
|
Terancam | |
|
|
Selamat | |
|
|
Kategori lain | |
|
|
Topik berkaitan
| |
Pengelasan kategori UNESCO berdasarkan Atlas Bahasa-bahasa Dunia yang Terancam | |
Pada zaman moden, kepupusan sesuatu bahasa adalah hasil daripada proses asimilasi budaya yang membawa kepada peralihan bahasa, serta pengabaian bahasa ibunda secara beransur-ansur untuk memihak kepada lingua franca asing yang lebih dominan, yang pada masa kini bahasa-bahasa dominan tersebut paling banyak dari negara-negara Eropah.[5][6][7]
Sehingga ke zaman 2000-an, sejumlah lebih kurang 7,000 bahasa lisan tempatan di seluruh dunia tercatat akan kewujudannya. Kebanyakannya adalah bahasa-bahasa kecil yang di ambang kepupusan; satu anggaran yang diterbitkan pada tahun 2004 menjangkakan bahawa kira-kira 90% daripada bahasa-bahasa yang digunakan pada masa ini akan pupus menjelang tahun 2050.[8]