![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/db/Athena_Parthenos_Altemps_Inv8622.jpg/640px-Athena_Parthenos_Altemps_Inv8622.jpg&w=640&q=50)
Athena
From Wikipedia, the free encyclopedia
Athena atau Athene ( Attic: Ἀθηνᾶcode: grc is deprecated , Athēnā atau Ἀθηναίαcode: grc is deprecated , Athēnaia; Epik: Ἀθηναίηcode: grc is deprecated , Athēnaiē; Ionik: Ἀθήνηcode: grc is deprecated , Athēnē; Dorik: Ἀθάναcode: grc is deprecated , Athana; ), juga dirujuk sebagai Pallas Athena (Παλλάς Αθηνά), adalah dewi tamadun, kebijaksanaan, kekuatan, strategi, kemahiran, keadilan dan pertukangan dalam mitologi Yunani. DIa juga merupakan kawan yang bijaksana bagi pahlawan dan dewi pahlawan. Dia adalah perawan dan pelindung kota Athens yang turut dinamakan atau dikaitkan[2] sempenanya; warga-warga kota ini membina suatu binaan pemujaan ditempatkan khusus di kota ini iaitu Parthenon.[3]
Athena | |
---|---|
![]() Salinan marmar Yunani bertanda "Antiokhos" merupakan salinan pertama Phidias yang asalnya kurun pertama S.M.. kini berada di Acropolis | |
Dewi kebijaksanaan, peperangan dan kemahiran[1] Dewi penaung Athens[1] | |
Kediaman | Gunung Olympus |
Simbol | Burung hantu |
Ibu bapa | Zeus dan Metis |
Adik beradik | Ares, Apollo, Artemis, Dionysus, Eileitheyia, Enyo, Eris, Rhadamanthus, Hephaestus, Herakles, Hermes, Persephone, Muse, Minos, Perseus, Hebe, Helen |
Persamaan Rom | Minerva |
Dewi ini sepadan dengan Minerva dalam kepercayaan Romawi.[3]