From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Tentera India (Devanāgarī: भारतीय सशस्त्र सेनाएं, Bhāratīya Saśastra Sēnāēṃ) adalah pasukan bersenjata bagi Republik India yang mana terdiri dari Tentera Darat India, Tentera Laut India dan Tentera Udara India dan pelbagai institusi antara-perkhidmatan yang lain. Dengan kekuatan dianggarkan seramai 1,325,000 anggota,[12] India memiliki anggota tentera ke-2 teramai di dunia.[13] Perkhidmatan bantuan termasuk Pengawal Pantai India, Pasukan Separa Tentera Pusat (CPF) dan Markas Pasukan Strategik. Belanjawan pertahanan rasmi India adalah AS$ 32.35 bilion[14] tetapi perbelanjaan sebenar ke atas angkatan tentera dianggarkan melebihi jumlah tersebut.[15] Dengan pengembangan dan pemodenan yang pesat[16], Angkatan Tentera India merancang untuk memiliki program angkasa ketenteraan aktif[17] dan kini sedang membangunkan perisai pertahanan peluru berpandu yang berkuasa[18] dan keupayaan triad nuklear.[19]
Angkatan Tentera India Bhāratīya Saśastra Senāeṃ | |
---|---|
Lambang Angkatan Tentera India | |
Diasaskan | 1947 |
Bentuk kini | 1992 |
Cabang khidmat | Tentera Darat India Tentera Laut India Tentera Udara India |
Ibu pejabat | New Delhi |
Kepimpinan | |
Panglima Angkatan Tentera | Presiden Ram Nath Kovind |
Menteri Pertahanan | Arun Jaitley[1][2] |
Pengerusi Jawatankuasa Ketua Staf | Laksamana Sunil Lanba[3] |
Usia masuk tentera | 18[4] |
Pengerahan | No |
Kakitangan aktif | 1,427,258[5] (Kedudukan ke-2) |
Kakitangan simpanan | 1,155,000[6] |
Perbelanjaan | |
Bajet | Tahun Kewangan 2016: AS$55.9 bilion (kedudukan ke-5)[7] |
Peratusan KDNK | Tahun Kewangan 2016: 2.5% |
Industri | |
Pembekal domestik | Senarai pembekal tempatan
|
Pembekal luar | Senarai pembekal luar negara
|
Import tahunan | AS$42.9 bilion (2000–16)[11] |
Eksport tahunan | AS$314 juta (2000–16)[11] |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan di India Tentera Darat Kepresidenan Tentera Darat India British Tentera Kebangsaan India |
Pangkat | Darat Udara Laut |
India sedang berusaha untuk membina rangkaian kabel gentian optik khas, selamat dan terkini bernilai AS$2 bilion atau Rs9,970.16 untuk kegunaan tentera darat, laut dan udara. Ini menjadikan ia sebagai salah satu rangkaian pengguna tertutup terbesar di dunia bagi kegunaan lebih daripada sejuta anggota Angkatan Tentera India.[20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.