![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1b/Flag_of_Japan_%25281870%25E2%2580%25931999%2529.svg/langms-640px-Flag_of_Japan_%25281870%25E2%2580%25931999%2529.svg.png&w=640&q=50)
Angkatan Tentera Imperial Jepun
Laman nyahkekaburan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk angkatan tentera Jepun Pasca-Perang Dunia II (1954–), sila lihat Angkatan Pertahanan Diri Jepun.
Angkatan Tentera Imperial Jepun (Imperial Japanese Armed Forces atau IJAF) ialah gabungan angkatan bersenjata Empayar Jepun. Ditubuhkan semasa era Pemulihan Meiji pada tahun 1868,[1] ia telah dibubarkan pada tahun 1945, sejurus selepas kekalahan Jepun kepada Pihak Bersekutu; penyemakan semula Perlembagaan Jepun, digubal semasa pendudukan pihak Bersekutu ke atas Jepun, menggantikan IJAF dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) yang terkini.[2]
Fakta Segera Angkatan Tentera Imperial Jepun, Diasaskan ...
Angkatan Tentera Imperial Jepun | |
---|---|
![]() Bendera Imperial Jepun | |
Diasaskan | 3 Januari 1868[1] |
Dibubarkan | November 1945 |
Cabang khidmat | * ![]()
Pasukan separa tentera:
|
Ibu pejabat | Markas Besar Imperial |
Kepimpinan | |
Maharaja Jepun | Meiji (1868–1912) Taishō (1912–1926) Hirohito (1926–1945) |
Pengerahan | 18–35 |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan Jepun |
Pangkat | Pangkat tentera darat Pangkat tentera laut |
Tutup
Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) dan Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) berfungsi sebagai cabang utama tentera IJAF, dengan kuasa udara empayar dipecahkan antara Angkatan Udara Tentera Darat dibawah IJA dan Angkatan Udara Tentera Laut dibawah IJN.