From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Pertahanan Diri Jepun (自衛隊 , Jieitai), JSDF, juga dirujuk sebagai Angkatan Pertahanan Diri (SDF), Angkatan Pertahanan Jepun (JDF), atau angkatan tentera Jepun,[5] adalah angkatan tentera bersepadu Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1954, dan dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan. JSDF disenaraikan sebagai angkatan tentera keempat paling kuat di dunia bagi keupayaan konvensional dalam laporan Credit Suisse pada tahun 2015[6] dan ia mempunyai belanjawan tentera kelapan terbesar dunia.[7] Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah terlibat dalam operasi pengaman antarabangsa termasuklah Pasukan Pengaman PBB.[8]
Angkatan Pertahanan Diri Jepun 日本国自衛隊 | |
---|---|
Bendera Angkatan Pertahanan Diri Jepun | |
Diasaskan | 1 Julai 1954[1] |
Cabang khidmat | Angkatan Darat Pertahanan Diri Jepun Angkatan Maritim Pertahanan Diri Jepun |
Ibu pejabat | Kementerian Pertahanan, Tokyo, Jepun |
Kepimpinan | |
Pemerintah Tertinggi | Perdana Menteri Yoshihide Suga |
Menteri Pertahanan | Tarō Kōno |
Ketua Turus, Staf Bersama | Jeneral Kōji Yamazaki |
Usia masuk tentera | 18-32 tahun layak untuk kemasukan[2] |
Kakitangan aktif | 247,150 (2018)[3] |
Kakitangan simpanan | 56,000 (2018)[3] |
Perbelanjaan | |
Bajet | AS$47.3 bilion (2018)[3] (kedudukan ke-8) |
Peratusan KDNK | 0.9% (2018)[3] |
Industri | |
Pembekal domestik | Senarai Defense industry of Japan |
Pembekal luar | |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan Jepun
Senarai pertempuran Pertempuran Amami-Ōshima |
Pangkat | Lencana pangkat tentera Jepun |
Ketegangan, terutamanya dengan Korea Utara,[9] telah mencetuskan perdebatan status JSDF dan hubungannya dengan masyarakat Jepun.[10] Garis panduan tentera pada Disember 2010 telah memfokuskan semula JSDF daripada bekas Soviet Union (sekarang Rusia) memberi tumpuan kepada China, terutamanya mengenai wilayah rebutan Kepulauan Senkaku. Kerjasama telah meningkat antara Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Korea Selatan dan Australia.[11][12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.