From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun (航空自衛隊 , Kōkū Jieitai), JASDF, juga dirujuk sebagai Tentera Udara Jepun,[3] adalah cabang peperangan udara bagi Angkatan Pertahanan Diri Jepun, bertanggungjawab bagi pertahanan ruang angkasa Jepun dan bagi operasi aeroangkasa yang lain.[4]JASDF menjalankan rondaan tempur udara di sekeliling Jepun, termasuk juga mengekalkan sistem radar amaran awal rangkaian udara dan darat. JASDF juga memiliki pasukan aerobatik yang dikenali sebagai Blue Impulse. Baru-baru ini, JASDF telah terlibat dalam menyediakan pengangkutan udara dalam beberapa misi menjaga keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Angkatan Udara Pertahanan Diri Jepun | |
---|---|
航空自衛隊 | |
Ditubuhkan pada | 1 Julai 1954[1] |
Negara | Jepun |
Jenis | Tentera udara |
Peranan | Peperangan udara |
Saiz | 50,324 anggota (2013)[2] 777 pesawat |
Sebahagian daripada | Angkatan Pertahanan Diri Jepun |
Pangkalan | Ichigaya, Shinjuku, Tokyo, Jepun |
Moto | "Key to Defense, Ready Anytime!" |
Laman web | www |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi | PM Shinzō Abe |
Menteri Pertahanan | Tarō Kōno |
Ketua Turus, Staf Bersama | Jeneral Kōji Yamazaki |
Ketua Turus Udara | Jeneral Yoshinari Marumo |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Bendera | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | F-2, F-35A, F-4EJ |
Peperangan elektronik | E-767, EC-1, E-2C, EC-2 |
Pejuang | F-4EJ, F-15J/DJ, F-2, F-35A |
Helikopter | UH-60J, CH-47J |
Pemintas | F-15J |
Pelatih | F-15DJ, T-7, T-400, T-4 |
Pengangkut | C-1, C-2, KC-767J, C-130H, Boeing 747-400, Boeing 777-300ER |
JASDF memiliki kekuatan seramai 45,000 anggota dan kira-kira 350 buah pesawat tempur dari jumlah keseluruhan 769 pesawat tentera pada 2005. Formasi-formasi garisan hadapan termasuk 3 skuadron serangan darat, 9 skuadron pesawat pejuang, satu skuadron pengawasan dan 5 skuadron pesawat pengangkut.[5]
Sebelum penubuhan Angkatan Pertahanan Diri Jepun selepas Perang Dunia II, Jepun tidak memiliki pasukan tentera udara secara berasingan. Operasi penerbangan dilaksanakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun dan Pasukan Udara Tentera Laut Imperial Jepun. Berikutan kekalahan dalam Perang Dunia II, Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun telah dibubarkan dan digantikan dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun setelah Undang-undang Pertahanan Diri 1954 diluluskan, TUPDJ telah ditubuhakan sebagai cabang penerbangan.
Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Dalam perkhidmatan[6] | Nota |
---|---|---|---|---|---|
Boeing 747 | Amerika Syarikat | Pengangkut VIP (Air Force One/Two Jepun) | 747-400 | 2 | |
Boeing 767 | Amerika Syarikat | Arahan dan kawalan udara Penangki minyak udara | E-767 KC-767J | 4 2 [7] | Dua buah lagi KC-767 telah dipesan |
Gulfstream IV | Amerika Syarikat | Pengangkut VIP | U-4 | 5 | |
Kawasaki C-1 | Jepun | Pengangkut taktikal | C-1A | 26 | |
C-130 Hercules | Amerika Syarikat | Pengangkut taktikal | C-130H | 16 | |
British Aerospace BAe 125 | United Kingdom | Pengangkut utiliti | U-125 U-125A | 2 23 | |
Mitsubishi MU-2 | Jepun | Pengangkut utiliti | MU-2J MU-2S | 2 2 | Kelengkapan lalu |
NAMC YS-11 | Jepun | Pengangkut | YS-11 YS-11A | ||
Grumman E-2 Hawkeye | Amerika Syarikat | Amaran awal udara]] | E-2C | 13 | |
Fuji T-3 | Jepun | Pelatih | 38 | Kelengkapan lalu | |
Mitsubishi T-2 | Jepun | Pelatih | T-2A | 14 | Kelengkapan lalu |
Fuji T-7 | Jepun | Pelatih | 49 | ||
Raytheon Hawker 400 | Amerika Syarikat | Pelatih | T-400 | 13 | |
Kawasaki T-4 | Jepun | Pelatih | 208 | ||
Sikorsky UH-60J Black Hawk | Amerika Syarikat | Helikopter pengangkut | UH-60J | 32 | Dibina oleh Mitsubishi |
Kawasaki-Vertol 107 | Jepun | Helikopter pengangkut | KV-107 | 13 | |
Boeing CH-47 Chinook | Jepun | Helikopter pengangkut | CH-47J | 15 | Dibina oleh Kawasaki |
Mitsubishi F-1 | Jepun | Pejuang | 23 | Kelengkapan lalu | |
Mitsubishi F-2 | Jepun | Pejuang Pelatih | F-2A F-2B | 33 28 | |
F-4 Phantom II | Amerika Syarikat | Pejuang Pengawasan | F-4EJ F-4EJ kai RF-4E RF-4EJ | 1 90 12 15 | Versi RF-4 tidak digunakan lagi; sejumlah pesawat F-15 akan dipasang dengan pod radar apertur sintetik |
F-15 Eagle | Amerika Syarikat Jepun | Pejuang Pelatih | F-15J F-15DJ | 203 20 | 2 F-15J dan 12 F-15DJ telah dibina oleh A.S dan selebihnya oleh Mitsubishi secara berlesen |
Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Jumlah dibina | Nota |
---|---|---|---|---|---|
Mitsubishi ATD-X | Jepun | Jet pejuang demo | - | - | Pengeluaran akan bermula pada 2010-2011, dan akan memasuki perkhidmatan pada 2014.[perlu rujukan] |
Kawasaki C-X | Jepun | Pengangkutan udara taktikal | - | 1 | Memasuki perkhidmatan pada 2010. Dijangka 30-50 buah akan dikeluarkan. |
F-X | - | Pejuang | - | - | Kementerian Pertahanan Jepun dan Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun masih menilai pesawat Eurofighter, F-22, F-35 JSF, F/A-18E/F dan F-15FX (versi bagi F-15E).[8][9][10] Keputusan akan dibuat pada tahun 2009.[11] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.