![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/de/Kaktovik_digit_table.svg/langms-640px-Kaktovik_digit_table.svg.png&w=640&q=50)
Angka Kaktovik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Angka Kaktovik atau juga dikenali sebagai angka Kaktovik Inupiaq[1] ialah sistem angka yang digunakan dalam bahasa Inupiaq, salah satu dari bahasa-bahasa Eskimo. Sistem ini menggunakan sistem pengiraan berasaskan 20 yang memiliki sub-asas pada 5, 10 dan 15.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/de/Kaktovik_digit_table.svg/220px-Kaktovik_digit_table.svg.png)
Sistem angka | |
---|---|
Sistem angka Hindu-Arab | |
Arab barat Arab timur Burma India |
Khmer Mongol Thai |
Angka Asia timur | |
Batang pembilang Cina Jepun |
Korea Suzhou Vietnam |
Angka abjad | |
Abjad Armenia Āryabhaṭa Cyril |
Ge'ez Ibrani Yunani (Ionia) |
Sistem lain | |
Aegean Attic Babylon Brahmi Etruscan Inuit |
Maya Mesir Quipu Rom Sumeria Urnfield |
Sistem kedudukan dengan asas | |
Perpuluhan (10) | |
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60 | |
Oleh kerana sistem Angka Arab tidak mencukupi untuk mewakili sistem asas 20, pelajar-pelajar dari Kaktovik, Alaska telah mencipta satu sistem angka khas yang kemudiannya digunakan dengan meluas di kalangan orang Iñupiaq di Alaska. Ia seterusnya tersebar ke negara-negara lain di mana bahasa Inuit dituturkan.[1]
Sistem ini telah membantu menghidupkan kembali kaedah pengiraan Inuit, yang semakin pupus di kalangan penutur Inuit disebabkan penggunaan sistem asas 10 di sekolah-sekolah.
Berikut ialah nombor-nombor Inuit 1–19 dan seterusnya 0:
𝋀 𝋁 𝋂 𝋃 𝋄 𝋅 𝋆 𝋇 𝋈 𝋉 𝋊 𝋋 𝋌 𝋍 𝋎 𝋏 𝋐 𝋑 𝋒 𝋓 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19