Angka Cyril ialah sistem penomboran dari abjad Cyril yang digunakan oleh puak Slav selatan dan timur. Sistem ini pernah digunakan di empayar Rusia sehingga abad ke-18, apabila Peter Agung menggantikannya dengan angka Arab.

Thumb
Penggunaan angka Cyril pada sebuah jam.
Fakta Segera Sistem angka, Sistem angka Hindu-Arab ...
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60
Tutup

Sistem yang separa perpuluhan ini, pada asasnya adalah angka Greek yang ditulis dengan padanan grafem dari abjad Cyril—susunannya adalah berdasarkan abjad Greek, dan tidak sama dengan piawai berbeza dalam susunan abjad Cyril. Huruf yang berbeza ditetapkan bagi setiap unit (1, 2, ... 9), setiap gandaan sepuluh (10, 20, ... 90), dan setiap gandaan seratus (100, 200, ... 900).

Nombor-nombornya ditulis berdasarkan sebutan dalam bahasa Slavik, umumnya dari kiri ke kanan, kecuali untuk nombor 11 hingga 19 yang disebut dan ditulis dari kanan ke kiri. Contohnya, 17 ialah "седмьнадесять", "s'edm'-na-d'es'at'" ("tujuh-atas-sepuluh", berbanding sebutan dalam bahasa Inggeris seven-teen). Untuk membezakan nombor dan teks, satu titlo (◌҃ U+0482) diletakkan di atas nombor.

Jadual Utama

Contoh nombor Cyril

Sistem angka Cyril adalah hampir menyerupai huruf-huruf Greek, berikut adalah contoh angka Cyril berdasarkan bahasa gereja Slavik yang digunakan hari ini:

Maklumat lanjut Nombor, Abjad Greek ...
Nombor Abjad Greek Cyril
1 Α, α А (azu)
2 Β, β В (viedi)
3 Γ, γ Г (glagoli)
4 Δ, δ Д (dobro)
5 Ε, ε Е (yesti)
6 Ϛ, ϛ (stigma) S (dzelo)
7 Ζ, ζ З (zemlia)
8 Η, η И (Izhe)
9 Θ, θ Ѳ (fita)
10 Ι, ι I (i)
20 Κ, κ К (kako)
30 Λ, λ Л (liudiye)
40 Μ, μ М (myslite)
50 Ν, ν Н (nashi)
60 Ξ, ξ Ѯ (ksi)
70 Ο, ο О (onu)
80 Π, π П (pokoi)
90 Ϟϟ (koppa) Ч (chrivi)
100 Ρ, ρ Р (risti)
200 Σ, ς С (slovo)
300 Τ, τ Т (tvrido)
400 Ο, ο dan Υ, υ У (uku)
500 Φ, φ Ф (fritu)
600 Χ, χ Х (khieru)
700 Ψ, ψ Ѱ (psi)
800 Ω, ω Ѡ (omega)
900 Ϡϡ (disigma) Ц (tsi)
1000 ҂а (tysyacha)
Tutup

Nombor lebih besar dari 1000

Jika sesuatu nombor melebihi 1,000, tanda ribu ( ҂ U+0482) berbentuk garis pepenjuru dengan dua garis kecil akan diletakkan pada bahagian kiri nombor.

Contoh:

  • ҂АѰЅ — 1706;
  • ҂ЗРИІ — 7118.

Nombor yang lebih besar (puluh dan ratus ribu, juta dan bilion) tidak boleh diungkapkan dengan tanda "҂", tetapi dengan lingkaran khusus yang mengelilingi huruf untuk menyatakan unit.

Rajah di bawah menunjukkan angka Cyril untuk ribu, puluh ribu, ratus ribu, juta, dan sepuluh juta

Thumb

Rujukan

  • Гаманович, Алипий (1964, 1984). Грамматика Церковно-Славянскаго Языка. Jordanville, NY: Holy Trinity Monastery Свято-Троицкий монастырь. m/s. 271. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-28. Dicapai pada 2011-01-15. Text "isbn N/A" ignored (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.