From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem angka Ibrani ialah sejenis sistem angka abjad separa perpuluhan yang menggunakan huruf dalam abjad Ibrani. Di dalam sistem ini, tiada tatatanda kedudukan bagi sifar, dan nila angka bagi setiap huruf ditambah bersama. Setiap unit (1, 2,...,9) ditentukan dengan huruf berlainan, setiap puluh (10,20,.....,90) dengan huruf berlainan, dan setiap empat ratus pertama (100,200,300,400) dengan huruf berlainan. Ratus yang seterusnya (500, 600, 700, 800 dan 900) diwakili dengan nilai tambah dua atau tiga huruf yang mewakili empat ratus pertama. Untuk mewakili nombor dari 1,000 hingga 999,999, huruf yang sama digunakan semula bagi ribu, puluh ribu, dan ratus ribu. Gematria (Numerologi Yahudi) menggunakan transformasi sebegini dengan meluas.
Sistem angka | |
---|---|
Sistem angka Hindu-Arab | |
Arab barat Arab timur Burma India |
Khmer Mongol Thai |
Angka Asia timur | |
Batang pembilang Cina Jepun |
Korea Suzhou Vietnam |
Angka abjad | |
Abjad Armenia Āryabhaṭa Cyril |
Ge'ez Ibrani Yunani (Ionia) |
Sistem lain | |
Aegean Attic Babylon Brahmi Etruscan Inuit |
Maya Mesir Quipu Rom Sumeria Urnfield |
Sistem kedudukan dengan asas | |
Perpuluhan (10) | |
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60 | |
Di Israel kini, sistem perpuluhan angka Hindu-Arab (cth. 0, 1, 2, 3..) digunakan dengan lebih meluas (wang, umur, tarikh kalendar awam). Angka Ibrani hanya untuk kes-kes khusus, seperti untuk kalendar Ibrani, atau untuk penomboran senarai (sama seperti a, b, c, d, dan sebagainya), seperti penggunaan angka Rumi di dunia Barat.
Nombor | Ibrani | Glif | Nombor kardinal (cth. satu, dua, tiga) |
Nombor ordinal (cth. pertama, kedua, ketiga) | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Maskulin | Feminin | Maskulin | Feminin | |||
0 | N/A | efes (אֶפֶס) | N/A | |||
1 | Aleph | א | echad (אֶחַד) |
achat (אַחַת) |
rishon (רִאשׁוֹן) |
rishonah (רִאשׁוֹנָה) |
2 | Bet | ב | shnayim (שְׁנַיִם) |
shtayim (שְׁתַּיִם) |
sheni (שֵׁנִי) |
shniyah (שֵׁנִיָה) |
3 | Gimel | ג | shlosha (שְׁלוֹשָׁה) |
shalosh (שָׁלוֹשׁ) |
shlishi (שְׁלִישִׁי) |
shlishit (שְׁלִישִׁית) or shlishiyah (שְׁלִישִׁיָה) |
4 | Dalet | ד | arba'a (אַרְבָּעָה) |
arbah (אַרְבַּע) |
revi'i (רְבִיעִי) |
revi'it (רְבִיעִית) |
5 | Hei | ה | chamisha (חֲמִשָׁה) |
chamesh (חָמֵשׁ) |
chamishi (חֲמִישִׁי) |
chamishit (חֲמִישִׁית) |
6 | Vav | ו | shisha (שִׁשָּׁה) |
shesh (שֵׁשׁ) |
shishi (שִׁשִּׁי) |
shishit (שִׁשִּׁית) |
7 | Zayin | ז | shiv'a (שִׁבְעַה) |
sheva (שֶׁבַע) |
shvi'i (שְׁבִיעִי) |
shvi'it (שְׁבִיעִית) |
8 | Het | ח | shmonah (שְׁמוֹנָה) |
shmoneh (שְׁמוֹנֶה) |
shmini (שְׁמִינִי) |
shminit (שְׁמִינִית) |
9 | Tet | ט | tish'a (תִּשְׁעָה) |
tayshah (תֵּשַׁע) |
tshi'i (תְּשִׁיעִי) |
tshi'it (תְּשִׁיעִית) |
10 | Yud | י | assara (עֲשָׂרָה) |
eser (עֶשֶׂר) |
asiri (עֲשִׂירִי) |
asirit (עֲשִׂירִית) |
20 | Kaf | כ | esrim (עֶשְׂרִים) | |||
30 | Lamed | ל | shloshim (שְׁלוֹשִׁים) | |||
40 | Mem | מ | arba'im (אַרְבָּעִים) | |||
50 | Nun | נ | chamishim (חֲמִשִּׁים) | |||
60 | Samech | ס | shishim (שִׁשִּׁים) | |||
70 | Ayin | ע | shiv'im (שִׁבְעִים) | |||
80 | Pei | פ | shmonim (שְׁמוֹנִים) | |||
90 | Tsadi | צ | tish'im (תִּשְׁעִים) | |||
100 | Kuf | ק | me'a (מֵאָה) | |||
200 | Resh | ר | matayim (מָאתַיִם) | |||
300 | Shin | ש | shlosh meot (שְׁלוֹשׁ מֵאוֹת) | |||
400 | Tav | ת | arba meot (אַרְבַּע מֵאוֹת) | |||
500 | Tav Kuf atau Chaf Sofit | ת"ק or ך | chamesh meot (חֲמֵשׁ מֵאוֹת) | |||
600 | Tav Resh atau Mem Sofit | ת"ר or ם | shesh meot (שֵׁשׁ מֵאוֹת) | |||
700 | Tav Shin atau Nun Sofit | ת"ש or ן | shva meot (שְׁבַע מֵאוֹת) | |||
800 | Tav Tav atau Pei Sofit | ת"ת or ף | shmone meot (שְׁמוֹנֶה מֵאוֹת) | |||
900 | Tav Tav Kuf atau Tsadi Sofit | תת"ק or ץ | tsha meot (תְּשַׁע מֵאוֹת) | |||
11: achad asar/achat esre, 12: shneim asar/shteim esre, 13: shlosha asar/shlosh esre, 14: arba'a asar/arba esre, 15: chamisha asar/chamesh esre, 16: shisha asar/shesh esre, 17: shiv'a asar/shva esre, 18: shmona asar/shmone esre, 19: tish'a asar/tsha esre | ||||||
1000: elef, 2000: alpaim, 10 000: aseret alafim/revava, 100 000: mea elef, 1 000 000: miliyon, 1 000 000 000: miliyard |
Nota: Bagi nombor ordinal yang lebih besar dari 10, nombor kardinal digunakan.
Nombor kardinal dan ordinal mestilah menepati jantina kata nama yang diterangkannya (maskulin atau feminin: kumpulan yang bercampur dianggap maskulin). Untuk kata nama yang tak berjantina (cth. nombor telefon atau nombor rumah dalam alamat), bentuk feminin digunakan. Nombor ordinal juga mesti menepati status nombor dan pemerihalan sepertimana adjektif yang lain. Nombor kardinal mesti mendahului kata nama (cth. shlosha yeladim), kecuali bagi nombor 1 yang diletakkan selepasnya (cth.yeled echad). Nombor 2 menjadi bentuk yang istimewa apabila diikuti oleh kata nama yang dihitungnya - shnayim (m.) dan shtayim (f.) menjadi shney (m.) dan shtey (f.).
Sistem angka Ibrani mengoperasikan prinsip tambahan di mana nila angka untuk abjad ditambah bersama membentuk jumlah. Contohnya, 177 diwakili oleh קעז yang bersamaan dengan 100 + 70 + 7 = 177.
Secara matematik, sistem sebegini memerlukan 27 huruf (1-9, 10-90, 100-900). Dalam praktik, huruf terakhir, tav (yang bernilai 400) digunakan dalam kombinasi dengan dirinya sendiri dan/atau huruf lain dari kof (100) ke atas, untuk membentuk nombor dari 500 ke atas. Untuk alternatif lain, set 22 huruf angka Ibrani kadangkala ditambah menjadi 27 dengan menggunakan 5 sofeet bentuk (terakhir) huruf Ibrani.
Dalam kaedah biasa, nombor 15 dan 16 diwakili oleh ט״ו (9 + 6) and ט״ז (9 + 7). Ini dilakukan untuk mengelak penggunaan kombinasi dua huruf י–ה (10 + 5) dan י–ו (10 + 6) (yang merupakan bentuk penulisan alternatif bagi nama Tuhan) dalam penulisan harian. Dalam kalendar, ini menunjukkan setiap bulan purnama, kerana setiap bulan Ibrani bermula dengan anak bulan.
Kadang-kadang, kombinasi yang sebutannya mengandungi konotasi negatif akan dielak penggunaanya dengan menukar turutan huruf. Contohnya, תשמ״ד (bermaksud "kamu/ia akan dimusnahkan") akan ditulis menjadi תשד״מ.
Gershayim (U+05F4 dalam Unicode, dan menyerupai tanda petikan berganda) (kadangkala disalah anggap sebagai merkha'ot, tanda petikan berganda Ibrani) dimasukkan pada sebelah kanan huruf terkiri (terakhir) untuk menyatakan turutan huruf yang mewakili nombor, bukan perkataan. Kaedah ini digunakan apabila satu nombor diwakili oleh 2 atau lebih angka Ibrani (cth, 28 → כ״ח).
Begitu juga dengan Geresh tunggal (U+05F3 dalam Unicode dan menyerupai tanda petikan tunggal) yang dimasukkan selepas (sebelah kiri) satu huruf tunggal untuk menyatakan yang huruf tersebut mewakili nombor, bukan satu perkataan (berhuruf tunggal). Kaedah ini digunakan apabila satu nombor diwakili oleh angka Ibrani tunggal (cth, 100 → ק׳).
Perlu diingat yang Geresh dan Gershayim hanyalah menunjukkan "bukan satu perkataan (normal)." Samada ia menunjukkan nombor atau tidak, adalah bergantung pada konteks (seperti "akronim").
Dalam sistem angka Ibrani, kiraan ribu dibuat berasingan, dan ia selalunya mendahului bahagian lain nombor (ke kanan, oleh kerana tulisan Ibrani dibaca dari kiri). Tanda petikan tunggal biasanya diletakkan di hujung huruf untuk menyatakan yang satu kiraan itu bermula dengan ribu. Bagi menyatakan tahun dalam kalendar Ibrani pada alaf ini, para penulis biasanya membuang tanda ribu (yang diwakili 5 [ה]). Ribu wujud dalam sistem mata wang Israel hari ini.
“Isnin, 15 Adar 5764” (dimana 5764 = 5(×1000) + 400 + 300 + 60 + 4, dan 15 = 9 + 6):
“Khamis, 3 Nisan 5767” (dimana 5767 = 5(×1000) + 400 + 300 + 60 + 7):
Untuk melihat bagaimana tarikh hari ini dinyatakan dalam kalendar Ibrani, rujuk, contohnya, tarikh pada bahagian atas laman utama Haaretz Online
5769 (2008–09) = תשס״ט
5768 (2007–08) = תשס״ח
5767 (2006–07) = תשס״ז
5766 (2005–06) = תשס״ו
5765 (2004–05) = תשס״ה
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.