From Wikipedia, the free encyclopedia
Aldebaran (α Tau, α Tauri, Alpha Tauri) ialah bintang gergasi merah yang terletak 65 tahun cahaya dalam buruj Taurus. Dengan magnitud purata 0.87, ia merupakan bintang paling cerah pada langit malam. Nama "Aldebaran" datang dari perkataan Arab الدبران ("al-dabaran") yang secara harfiah bermaksud "pengikut", mungkin kerana bintang cerah ini kelihatan mengikut gugusan bintang Pleiades, atau gugusan bintang terbuka Seven Sisters ("Tujuh Gadis Bersaudara").[2]
Data cerapan Epok J2000.0 Ekuinoks J2000.0 | |
---|---|
Buruj | Taurus |
Jarak hamal | 04j 35m 55.239s[1] |
Keserongan | +16° 30′ 33.49″[1] |
Magnitud ketara (V) | 0.75-0.95 |
Ciri-ciri | |
Jenis spektrum | K5III[1] |
Magnitud ketara (J) | -2.10[1] |
U−B indeks warna | 1.90 |
B−V indeks warna | 1.54 |
Jenis bolehubah | LB |
Astrometri | |
Halaju jejarian (Rv) | +54.26 ±0.03[1] km/s |
Gerakan wajar (μ) | RA: 62.78 ±0.89[1] mas/thn Dec.: −189.35 ±0.58[1] mas/thn |
Paralaks (π) | 50.09 ± 0.95 mas |
Jarak | 65 ± 1 tc (20 ± 0.4 pc) |
Magnitud mutlak (MV) | −0.63 |
Perincian | |
Jisim | 1.7[2] M☉ |
Jejari | 44.2 ± 0.9[3] R☉ |
Kekilauan | 518 ± 32[4] L☉ |
Graviti permukaan (log g) | 1.59[4] cgs |
Suhu | 3,910[4] K |
Kelogaman | 70% Sun[2] |
Kelogaman [Fe/H] | –0.34[4] dex |
Putaran | 643 days[5] |
Penamaan lain | |
87 Tauri, Alpha Tauri, BD +16°629, GJ 171.1, GJ 9159, HD 29139, HIP 21421,
HR 1457, SAO 94027 | |
Rujukan pangkalan data | |
SIMBAD | data |
ARICNS | data |
Sebuah rakan subnajam dilaporkan pada tahun 1997 tetapi tidak dapat ditetapakan oleh pemerhatian berikutnya.
Aldebaran diklasifikasikan sebagai bintang jenis K5III. Ia bintang gergasi jingga yang meninggalkan garisan utama gambar rajah Hertzsprung–Russell. Ia sudah menghabiskan bahan bakar hidrogen terasnya dan lakuran hidrogen sudah terhenti. Mahupun kepanasannya tidak membenarkan lakuran helium, suhu bahagian teras bintang ini meningkat disebabkan tekanan graviti dan ia berkembang kepada garis pusat yang 44.2 akli lebih besar daripada garis pusat Matahari,[3][6] sekitar 61 juta kilometres (lihat 10 gigametre bagi saiz seakan). Satelit Hipparcos mengukur kejauhannya sejauh 65.1 tahun cahaya (20.0 pc), dan ia bercahaya dengan tahap 425 kali kekilauan Suria.[2]
Aldebaran ialah satu daripada bintang yang senang dicari di langit malam, disebabkan kecerahannya dan juga hubungan relatifnya dengan asterisme (fenomena sinaran cahaya berbentuk sinar atau bintang yang ditunjukkan oleh hablur tertentu bila dilihat pada cahaya terpantul seperti yang ditunjuk oleh batu nilam atau mineral mika.)[7] langit. Ia menjejak tiga bintang gugusan tali pinggang Belantik (Orion) dari kiri ke kanan (di Hemisfera Utara) atau dari kanan ke kiri (hemisfera Selatan); bintang pertama yang meneruskan garisan itu ialah Aldebaran.
Aldebaran berkedudukan dekat dengan ekliptik bagi hijaban Bulan. Hijaban sedemikian boleh berlaku apabila nod menaik Bulan berdekatan dengan ekuiniks musim luruh. Fenomena ini akan berlaku pada tahun 2015. Garis pusat Aldebaran yang agak tepat diperoleh semasa hijaban yang berlaku pada 22 September 1978.[8] Aldebaran kesebarisan deng Suria pada lingkungan 1 Jun setiap tahun.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.