![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/db/Afdlin_Shauki.jpg/640px-Afdlin_Shauki.jpg&w=640&q=50)
Afdlin Shauki
Pelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyanyi Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Afdlin Shauki Aksan (lahir 19 Mei 1971) atau dikenali sebagai Chief Kodok dan juga Sedey Malas oleh peminatnya merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di bawah Roslan Aziz Productions (RAP) dan berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) sebanyak 5 kali. Pada tahun 2003, beliau melancarkan album studio sulungnya, Fuuyo! yang mana Afdlin turut mencipta beberapa lagu.[3][4][5]
Afdlin Shauki | |
---|---|
افضلين شوقي | |
![]() Afdlin di pentas Anugerah Industri Muzik ke-16. | |
Pengerusi Persatuan Sutradara Malaysia | |
Memegang jawatan 17 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato’ Seri Anwar Ibrahim |
Menteri | Fahmi Fadzil |
Didahului oleh | Allahyarham Mat London |
Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | |
Memegang jawatan 7 Julai 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato’ Seri Anwar Ibrahim |
Menteri | Zaliha Mustafa |
Datuk Bandar | Datuk Haji Kamarulzaman Mat Salleh |
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan | |
Memegang jawatan 6 Jun 2024 Berkhidmat dengan Abdul Basir V. Kunhimohamed dan Lai Cheng Heng | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Pengerusi | Azman Abidin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Afdlin Shauki bin Aksan (1971-05-19) 19 Mei 1971 (umur 53) Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Pasangan | Maria Christina Orow Abdullah (k. 1997; c. 2022) Datin Marcella (k. 2023) |
Anak-anak | 3 (termasuk Mia Sara) |
Ibu bapa |
|
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi |
Laman web rasmi | www.afdlinshauki.com |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1989–kini |
Syarikat rakaman | Acid Rain Records |
Pengkarya berkait | Acidiz, Sheila Majid, Zainal Abidin, Azman Warren, Amir Yussof, Zubir Ali |
Kerjaya lawak | |
Media | Televisyen, filem, muzik |
Genre | Komedi, sketsa, satira |
Selain itu, beliau juga menjadi pengacara untuk beberapa rancangan TV seperti Golden Dreams (1999), Golden Dreams Extreme (2000), TV: ISM (2003), Ah-ha (2004), Liga Lawak Superstar (2013) dan Arena Panggang (2018). Afdlin terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Anna and the King (1999), Soal Hati (2001), Soalnya Siapa? (2002), Biar Betul (2004), Cuci (2008), Sepi (2008), Nasi Lemak 2.0 (2011), Kami Histeria (2014) dan Bikers Kental 2 (2019). Beliau juga terkenal dengan filem-filem arahannya seperti Buli (2004),[6] Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006), Sumolah (2007), Papadom (2009), Misteri Jalan Lama (2011) dan Untuk Tiga Hari (2012).
Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri hiburan seperti Anugerah Industri Muzik dan Festival Filem Malaysia. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[7]