penyanyi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Zubir Ali (18 Oktober 1949 – 6 Mac 2009) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas vokalis kumpulan Harmoni yang terkenal dengan lagu hit mereka, "Penantian".
Zubir Ali | |
---|---|
Kelahiran | Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 18 Oktober 1949
Meninggal dunia | 6 Mac 2009 59) Hospital Kuala Lumpur, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur
Genre | Pop, folk |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1980-an – 2009 |
Pengkarya berkait |
Zabir Ali dilahirkan pada 18 Oktober 1949 di Alor Setar sebagai anak bongsu dalam kalangan 12 adik-beradik. Beliau pernah menjadi tukang azan di sebuah surau yang mana imamnya ialah bapa beliau sendiri. Beliau memasuki kelas peralihan di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1962.[1]
Pada 27 Februari 2009, Zubir Ali dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor bagi menjalani pembedahan pintasan jantung. Kira-kira seminggu kemudian pada 5 Mac, beliau mula berasa sakit lalu menghadapi tekanan darah yang rendah di keesokan harinya pada jam 6 pagi. Beliau meninggal dunia pada jam 10.30 pagi hari yang sama kerana kerumitan jantung. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Seksyen 14 Petaling Jaya (Masjid Tun Abdul Aziz) lalu disembahyangi selepas solat Jumaat. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Asar. Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.