From Wikipedia, the free encyclopedia
Jintan manis, adas manis atau adis (nama botani: Pimpinella anisum)[3][4] merupakan sejenis rempah.
Jintan manis | |
---|---|
1897, gambaran.[1] | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Asterid |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Pimpinella |
Spesies: | P. anisum |
Nama binomial | |
Pimpinella anisum | |
Sinonim[2] | |
Senarai
|
Nama jintan manis (Jawi: جينتن مانيس) datang daripada rasa manisnya berbanding jintan.[5]
Nama adas manis (Jawi: ادس مانيس) dan adis (Jawi: اديس) datang daripada rasa manisnya berbanding adas pedas.[4]
Pokok jintan manis jenis tumbuhan herba tahunan yang tumbuh mencapai ketinggian lebih 2–3 kaki (60–90 cm).
Daun-daunnya disusun berselang-seli. Helai daun yang tumbuh di pangkal pokok ringkas manakala helai di batang yang lebih tinggi berbentuk pelepah tunggal dengan ukuran 3⁄8–2 in (1–5 sentimeter) panjang dibahagikan kepada banyak anak daun kecil.[6]
Bunga-bunganya berwarna putih atau kuning pada jambak payung dengan garis pusat kira-kira 3 milimeter (1⁄8 in) di pucuk pokok. Buahnya kering dan melengkung berbentuk bujur telur dengan ukuran 3–6 mm (3⁄25–1⁄4 in) panjang.[3][5][6]
Sungguhpun tidak dibuktikan secara saintifik, dalam perubatan tradisional, jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiat. Ia dipercayai dapat melegakan kesakitan dalaman badan, melancarkan aliran keluar haid, memperbanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi meningkatkan penglihatan mata. Selain itu juga, jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal paha dengan cara merebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Selepas itu air rebusan yang dibiarkan sejuk, diminum setiap pagi dan petang selama empat minggu.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.