penulis dan sasterawan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Abdullah Hussain PJN, DSDK (25 Mac 1920 – 31 Disember 2014) ialah seorang penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.
Abdullah Hussain | |
---|---|
Lahir | Yan, Kedah | 25 Mac 1920
Meninggal dunia | 31 Disember 2014 94) Petaling Jaya, Selangor | (umur
Pekerjaan | Novelis |
Warganegara | Malaysia |
Karya terkenal | Imam, Konserto Terakhir, Interlok |
Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia. Abdullah terkenal memiliki banyak pengalaman dan menguasai beberapa bahasa asing.
Adiknya Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail Hussein merupakan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Adiknya Dato' Ibrahim Hussein ialah pelukis antarabangsa dan mempunyai sebuah muzium di kawasan Langkawi Geopark.
Pada tahun 1926–1931, beliau bersekolah di Sekolah Melayu Yan dan Sekolah Menengah St. Michael, Alor Star, Kedah (1932–1933). Pada tahun 1935, beliau belajar di Anglo Chinese School, Alor Star, Kedah, hingga lulus darjah VII. Semasa pendudukan Jepun 1943, beliau belajar di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-Pegawai Tinggi) di Singapura selama tiga bulan.
Pelbagai kerja yang dilakukan beliau demi meneruskan hidup. Kebanyakan kerjayanya berkait dengan penulisan, percetakan dan penulisan. Beliau pernah menjadi Penolong Penjaga Stor lombong bijih di Pahang (1939); Bahagian Penerbitan, syarikat suratkhabar Sahabat, Pulau Pinang (1939); Pembantu pengarang surat khabar Saudara (1940); Kerani dan tukang dobi di Kem Tentera Sungai Petani, Kedah sehingga kedatangan tentera Jepun; Wartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan Majalah Merdeka, Singapura (1951); Pengarang Majalah Bintang, Majalah Filem dan akhbar Semenanjung
Seterusnya, beliau bekerja sebagai pembantu pengarang di Franklin Book Programme dan Oxford University Press (1965 – 1968); Editor majalah Angkatan Baru (1965 – 1968); Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1968 – 1978); Ketua Unit Bahasa dan Sastera, DBP cawangan Sabah (1978 – 1979); Ahli Cipta Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (1979 – 1981); Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP Brunei (1982) dan Pegawai Bahasa Kanan DBP Brunei. Akhirnya, beliau menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karya pertama beliau terbit pada 1939, sebelum pendudukan Jepun iaitu cerita lucu yang disiarkan dalam majalah Tanah Melayu. Pelbagai genre dihasilkan seperti cerpen, novel, biografi/autobiografi, terjemahan dan esei sastera.
Lebih 25 buah novel, tiga buah kumpulan cerpen, sembilan buah terjemahan, sebuah autobiografi dan enam buah biografi telah dihasilkan. Nama pena beliau ialah Zamroed, Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H, Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta.
Beliau telah dianugerahkan S.E.A Write Award di Bangkok (1981) (pemenang pertama hadiah Sayembara Novel Nasional – mengenang Pak Sako); Hadiah Pertama Novel Nasional anjuran Syarikat Utusan Malaysia dan Public Bank pada tahun 1992/94 menerusi novel Imam; Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh pada tahun 1995; Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996; Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) (1996) yang membawa gelaran Dato'.[1]; Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) (1996) yang membawa gelaran Datuk.[2]
Novel Interlok tulisannya pada 1971 terpilih sebagai novel Komsas untuk pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia. Masyarakat India dijuarai oleh parti MIC, Uthaya Sankar dan lain-lain mempertikaikan kesesuaian novel itu kerana mengandungi unsur-unsur tidak tepat, mengelirukan dan menghina kaum India Malaysia yang berhijrah dari Tamil Nadu. Novel tersebut dipinda dan dibuang istilah yang tidak berkenan di kalangan masyarakat India. Akhirnya novel tersebut dibatalkan terus oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendapat bantahan berterusan.[3]
Sebagai sasterawan, Abdullah bin Hussain telah melahirkan banyak karya berupa novel, esei, drama, terjemahan, autobiografi, biografi dan buku-buku umum, antaranya:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.