From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail bin Hussein (30 Januari 1932 – 20 Oktober 2014) ialah seorang ahli akademik dan aktivis sastera Malaysia. Beliau juga ialah bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dari 1971 hingga 2013.
Ismail Hussein | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 20 Oktober 2014 82) | (umur
Pekerjaan | Ahli Akademik, Aktivis Sastera Malaysia, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional |
Tahun aktif | 1971–2013 |
Abangnya Dato' Abdullah Hussain seorang pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya Dato' Ibrahim Hussein masyhur sebagai seorang pelukis antarabangsa.
Pada 20 Oktober 2014 pada kira-kira 9:26 malam waktu tempatan, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya dipercayai akibat sakit tua.[1] Jenazah beliau telah disolatkan di Masjid Kolej Islam Malaya Seksyen 16 pada pukul 10 pagi yang dipimpin oleh imam masjid, Ustaz Alfian Izaz Abdul Halim. Kemudian, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul kira-kira 12:10 tengah hari. Antara yang memberi penghormatan terkhir kepada beliau ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sariyan.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.