999 (siri TV)
From Wikipedia, the free encyclopedia
999 ialah siri televisyen berita jenayah Malaysia berdasarkan rancangan COPS di Amerika Syarikat. Rancangan ini telah disiarkan di TV3 sejak 3 Januari 2002 dan Januari 2014 telah disiarkan setiap Selasa jam 9:00 malam. Pada 26 Januari 2021, rancangan ini telah dilewatkan bermula pada jam 9:30 - 10:00 malam dalam masa 30 minit selepas rancangan Keluarga Epik.[1] Mulai 2 Februari 2021, rancangan ini akan kembali bersiaran pada waktu siaran yang asal dalam masa 1 jam bermula pada jam 9:00 - 10:00 malam selepas Buletin Utama. sebelum ini, rancangan ini disiarkan setiap Khamis pada jam 9:00 malam sejak ia mula disiarkan. Pengacara terkini bagi tahun 2018 hingga kini ialah Anim Ezati Rizki dan tempat Anim digantikan oleh Sofea Nursolea Tun pada 28 Mac 2020. Bekas pengacara rancangan ini ialah Zakiah Anas, Hazlin Hussain, Sarah Adiba Yussof, Mazidul Akmal Sidek, Halim Din dan Omar Abdullah. Pada tahun pertama, rancangan ini ialah salah satu program TV yang paling ditonton di Malaysia dengan lebih 3 juta orang penonton.[2] Dengan slogan bagi rancangan 999 iaitu Ingat! Jenayah Membawa Padah.
999 | |
---|---|
Genre | Jenayah sebenar |
Format | Dokumentari |
Dibangunkan oleh | Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 |
Pengacara |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | |
Penerbitan | |
Tempoh siaran |
|
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios (sehingga 2020) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 4:3 576i |
Siaran asal | 3 Januari 2002 – kini |
Pada 11 Mei 2021, 999 telah direhatkan bagi memberi laluan kepada episod akhir drama Kisah Cinta Rumi di Slot Lestary.
Pada 15 November 2022, rancangan ini telah direhatkan sementara bagi memberi kepada siaran langsung Mandat Rakyat PRU - 15 sempena pilihan raya umum Malaysia ke-15.