Mazidul Akmal Sidek
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mazidul Akmal Sidik (juga dikreditkan sebagai Mazidul Akmal Sidek; lahir 1967) merupakan seorang wartawan penyiaran, pengacara dan penerbit televisyen Malaysia yang berkhidmat di TV3. Mazidul terkenal dengan falsafah berbisa, lantang, berani yang menggambarkan keperibadian beliau ketika mengendali pelbagai program terbitan TV3. Antara rancangan yang beliau pernah kendalikan ialah 999, 360, Majalah 3 dan Aduan Rakyat.[1]
Mazidul Akmal Sidek | |
---|---|
Kelahiran | 1967 (umur 56ā57) |
Pekerjaan | Wartawan penyiaran Pengacara Penerbit televisyen |
Pasangan | Khairul Fazlin Kamarudin (k. 1997) |
Anak-anak | 2 |
Mazidul mengejutkan dunia kewartawanan apabila diserang angin ahmar pada Jun 2014 dan telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali di bahagian kepala iaitu dua kali pada tahun 2014 dan Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur.[2]
Beliau bersama penerbit rancangan 360, Fadzli Ramli pernah ditahan dalam satu serbuan pihak berkuasa pada April 2007. Mazidul berkahwin dengan Khairul Fazlin Kamarudin pada 21 Mei 1997 dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Afif Faiq dan Muhammad Azard.[3] Mazidul juga pernah membuat penampilan khas sebagai wartawan dalam telefilem Sebuah Ijtihad lakonan Sofia Jane dan Sheila Rusly.